Yahudi Ethiopia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Yahudi Ethiopia atau Yahudi Habsyah (Bahasa Ibrani: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה, Yehudei Atiopia, Ge'ez: "የኢትዮጵያ አይሁድዊ", "ye-Ityoppya Ayhudi") ialah nama untuk komuniti Yahudi yang tinggal di Empayar Aksum dan Habsyah (Ethiopia, Habesh atau Abyssinia), yang kini terbahagi antara Amhara dan Tigray.

Fakta Segera Kawasan ramai penduduk, Habsyah ...
Beta Israel
ביתא ישראל
Uri Ben Baruch
Baruch Tegegne
Shlomo Molla
Zohar Zimro
Pnina Tamano-Shata
Tahounia Rubel
Hagit Yaso
Kawasan ramai penduduk
 Israel 130,000[1] (2011)
2.15% daripada jumlah penduduk agama Yahudi Israel
 Habsyah4,000[2]
 Amerika Syarikat1,000[3]
Agama
Yahudi (Haymanot · Rabbinisme) · Kristian Orthodoks Ethiopia
Tutup

Nama lainnya ialah Beta Israel (Bahasa Ibrani: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל - Beyte (beyt) Yisrael, Ge'ez: ቤተ እስራኤል—Bēta 'Isrā'ēl, moden Bēte 'Isrā'ēl, EAE: "Betä Ǝsraʾel", "Rumah Israel" atau "Komuniti Israel"[4]

Hampir semua orang Yahudi Habsyah kini menetap di Israel. Kerajaan Israel telah melakukan operasi pemindahan Yahudi Habsyah, seperti Operasi Musa (1984) dan Operasi Salomo (1991), kerana meletusnya perang saudara dan kebuluran di Habsyah, namun ada juga yang masih tetap tinggal di Habsyah.

Tercatat semasa ini terdapat sekitar 119,500 orang etnik Israel Ethiopia, di mana 38,500 atau 32% dari komuniti tersebut lahir di Israel; yang lain lahir di Habsyah.[5]

Kitab Suci

Mäṣḥafä Kedus (="Kitab Suci") ialah nama untuk kesusasteraan keagamaan golongan Yahudi Karait. Bahasa tulisan ialah bahasa Ge'ez. Kitab paling suci ialah "Orit" (dari bahasa Aramia "Oraita" - "Taurat") yang terdiri dari Lima Kitab Musa dan kitab-kitab Yosua, Hakim-hakim dan Rut. Bakinya dalam Alkitab Ibrani dianggap penting. Kitab Ratapan tidak termasuk ke dalam kanun.

Kitab-kitab Deuterokanonika yang termasuk kanun adalah kitab Sirakh, Yudith, Esdras 1 dan 2, Meqabyan, Yobel, Barukh 1 dan 4, Tobit, Henokh, dan wasiat-wasiat Abraham, Ishak, dan Yakub.

Tulisan-tulisan di luar Alkitab termasuk: Nagara Muse (Perbualan Musa), Mota Aaron (Kematian Harun), Mota Muse (Kematian Musa), Te'ezaza Sanbat (Aturan-aturan Shabbat), Arde'et (Murid-murid), Gorgorios, Mäṣḥafä Sa'atat (Kitab Masa), Abba Elias (Bapa Elias), Mäṣḥafä Mäla'əkt (Kitab Malaikat), Mäṣḥafä Kahan (Kitab Paderi), Dərsanä Abrəasasi Wäsara Bägabs (Khutbah tentang Abraham dan Sarah di Mesir), Gadla Sosna (Kisah Susana) dan Baqadāmi Gabra Egzi'abḥēr (Pada Mulanya Tuhan Menciptakan). Zëna Ayhud (Josippon; cerita Yahudi)) dan fālasfā (para falsafah) ialah dua kitab yang tidak dianggap suci tetapi berpengaruh kuat.

Rumah sembahyang

Sinagog Yahudi Habsyah disebut masgid (dengan erti "rumah sembahyang") atau bet maqds ("Rumah kudus") atau ṣalot bet ("Rumah doa").

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.