From Wikipedia, the free encyclopedia
Xu Guangqi atau Hsü Kuang-ch'i[a] (24 April 1562 – 10 November 1633), juga dikenali dengan nama pembaptisan Paulus,[b] adalah seorang ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, ahli siasah dan pengarang yang hidup semasa zaman dinasti Ming.[6] Beliau merupakan rakan sekerja dan rakan usaha sama kepada Jesuit Itali, Matteo Ricci dan Sabatino de Ursis. Xu telah membantu mereka berdua menterjemah beberapa teks Barat klasik ke dalam bahasa Cina, termasuklah sebahagian daripada Unsur Euklid. Beliau juga merupakan pengarang bagi Nong Zheng Quan Shu, suatu karya mengenai pertanian.
Xu Guangqi | |
---|---|
Bahasa Cina: 徐光啓 | |
Naib Menteri Upacara | |
Dalam jawatan 1629–1630 | |
Didahului oleh | Ma Zhiqi |
Digantikan oleh | Li Sunchen |
Setiausaha Tertinggi Pustaka Wenyuan | |
Dalam jawatan 1632–1633 | |
Setiausaha Tertinggi Kanan |
|
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 April 1562 Shanghai, Songjiang, Zhili Selatan, China[1] |
Mati | 8 November 1633 71)[2] Beijing, Shuntian, Zhili Utara, China | (umur
Tempat semadi | Taman Guangqi, Xujiahui, Xuhui, Shanghai, China 31.1912°N 121.42957°E |
Kewarganegaraan | China |
Pasangan | Wu[3] |
Pertalian | |
Anak | Xu Ji (徐驥) |
Ibu bapa | Xu Sicheng (徐思誠), ayah |
Pendidikan | Ijazah Jinshi (1604)[5] |
Pekerjaan | pegawai sarjana (Kementerian Upacara dan Setiausaha Tertinggi), ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, pengarang |
Dikenali dengan |
|
Nama pembaptisan | Paul Xu |
Xu merupakan salah seorang daripada "Tiga Tonggak Katolikisme China". Gelaran terkini beliau ialah Hamba Tuhan.[7] Pada 15 April 2011, jurucakap Vatikan Federico Lombardi mengumumkan beatifikasi Xu Guangqi.[8][9]
Xu Guangqi merupakan perumian pinyin sebutan bahasa Mandarin bagi nama Cina Xu. Nama beliau ditulis sebagai Hsü Kuang-ch'i[a] apabila mengunakan sistem Wade–Giles. Nama ihsan beliau ialah Zixian manakala nama pena pula ialah Xuanhu. Dalam rekod Jesuit, perumian yang digunakan adalah Siù Hsven Hú.[10]
Semasa Xu menukar agama, beliau mengguna pakai nama pembaptisan Paulus.[b] Dalam bahasa Cina, transkripsi yang digunakan sebagai nama ihsan (i.e., Xu Baolu) dana para Jesuit kadang-kala merujuk beliau sebagai Siù Pao Lò[10] atau Ciù Paulus.[11] Mereka sering kali merujuk Xu sebagai "Doktor Paulus" (Latin: Doctor Paulus ;[12][10] Portugis: Doutor Paulo ),[13] "Paulus Kita" (Latin: noster Paulus ), "Paulus Siu"[14] atau "Ciu".[11][10][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.