From Wikipedia, the free encyclopedia
Wu-Tang Clan ialah sebuah kumpulan hip hop Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 di Staten Island, Bandar Raya New York[4] dianggotai RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, Method Man, Raekwon, Ghostface Killah, Inspectah Deck, U-God dan Masta Killa. Kumpulan ini dianggap antara kumpulan hip-hop dan rap terunggul sepanjang zaman.
Wu-Tang Clan | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Genre | Hardcore hip hop[1][2][3] |
Tahun aktif | 1992–kini[4] |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Wu-Tang Killa Beez |
Laman sesawang | wutangclan |
Ahli | |
Bekas ahli | Ol' Dirty Bastard (meninggal dunia) |
Robert Diggs, Gary Grice dan Russell Jones pada awalnya membentuk suatu grup bertajuk "Force of the Imperial Master" atau "All in Together Now Crew";[5] di mana setiap anggotanya bernama samaran masing-masing sebagai Prince Rakeem, The Genius dan The Specialist. Persembahan mereka sangat mendapat perhatian para penonton rap di New York termasuk orang terkenal seperti Biz Markie.[6] The Genius dan Prince Rakeem kemudiannya ada termasuk dalam label rakaman berasingan namun digugurkan tidak lama selepas itu. Mereka memutuskan memulakan pengenalan baru untuk mencuba nasib - Grice/The Genius menama diri semula sebagai GZA [ji-za] manakala Diggs/Rakeem menama diri semula sebagai RZA [ri-za].[7]
RZA mula berkenalan dan berkolaborasi dengan Dennis "Ghostface Killah" Coles anak jati Staten Island - kedua-dua mereka mula mengembangkan suatu tema untuk persembahan kumpulan mereka yang menerapkan unsur-unsur ketimuran daripada filem-filem kung fu dan buku komik. RZA dan Ol' Dirty Bastard menamakan kumpulan mereka hasil ilham dari filem Shaolin and Wu Tang ditonton mereka;[8] malah, album pertama mereka turut menerapkan perasaingan antara gaya ilham jurusan-jurusan seni lawan Shaolin dan Wu-Tang (Cina tradisional: 武當拳; pinyin: Wǔdāng quán) dalam tema dan susunan lagu mereka.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.