From Wikipedia, the free encyclopedia
Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.
Windows 8 | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis sistem | Windows NT, Microsoft Windows dan Windows 8.x (en) |
Keluarga sistem | Microsoft Windows |
Pembangun | Microsoft Corporation |
Keluaran untuk pembuatan | 26 Oktober 2012 |
Keluaran terkini | 6.2.9200.16384 (RTM) / 1 Ogos 2012[1] |
Didahului oleh | Windows 7 |
Diganti oleh | Windows 10 |
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | Windows Update |
Pelantar | |
Jenis inti | Hibrid |
Lesen | Perisian komersian proprietari |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | windows |
Status sokongan | |
| |
Rencana dalam siri ini | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.
Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.
Pembangunan Windows 8 bermula sebelum Windows 7 diedarkan[3] pada tahun 2009. Pada Januari 2011, semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna (CES), Microsoft mengumumkan bahawa Windows 8 akan menambah sokongan bagi pemproses mikro ARM sebagai tambahan kepada pemproses mikro x86 daripada Intel, AMD dan VIA.[4][5] Pada 1 Jun 2011, Microsoft secara rasminya mendedahkan antara muka pengguna baharu Windows 8 di samping ciri-ciri tambahan semasa Taipei Computex 2011 di Taipei (Taiwan) oleh Mike Angiulo serta semasa sidang D9 di California (Amerika Syarikat) oleh Julie Larson-Green dan Presiden Windows Microsoft Steven Sinofsky.[6][7] Sebulan sebelum sidang BUILD diadakan, Microsoft membuka sebuah blog baru dipanggil "Membina Windows 8" untuk pengguna dan pembangun pada 15 Ogos 2011.[8]
Microsoft mendedahkan ciri-ciri baharu Windows 8 serta pembaharuannya pada hari pertama sidang BUILD pada 13 September 2011.[9] Microsoft juga melancarkan Windows Previu Pembangun (binaan 8102) bagi Windows 8 pada hari yang sama, yang turut menyertakan SDK dan peralatan pembangun (seperti Visual Studio Express dan Expression Blend) untuk membangunkan aplikasi bagi antara muka baharu Windows 8.[10] Menurut Microsoft, lebih daripada 500,000 muat turun bagi previu pembangun tersebut dalam masa 12 jam terawal pelancarannya.[11] Previu Pembangun turut memperkenalkan skrin Start. Butang Start pada desktop membuka skrin Start dan bukannya menu Start.
Pada 16 Februari 2012, Microsoft menangguhkan tarikh luput previu pembangun. Asalnya ditetapkan tarikh luputnya pada 11 Mac 2012, kali ini keluaran tersebut ditetapkan semula tarikh luputnya kepada 15 Januari 2013.[12]
Pada 29 Februari 2012, Microsoft melancarkan Windows 8 Previu Pengguna, versi beta bagi Windows 8, binaan 8250. Buat pertama kalinya sejak Windows 95, butang Start kini tiada lagi pada palang tugasan, walaupun skrin Start masih boleh dibuka dengan mengklik penjuru bawah kiri skrin serta dengan mengklik Start pada palang Azimat.[13] Presiden Windows Steven Sinofsky berkata lebih daripada 100,000 perubahan telah dilakukan sejak versi pembangun mula diedarkan kepada umum.[13] Pada hari selepas pelancarannya, Windows 8 Previu Pengguna sudah dimuat turun lebih sejuta kali.[14][15] Seperti Previu Pembangun, Previu Pengguna ditetapkan tarikh luputnya pada 15 Januari 2013.
Pada sidang Hari Pembangun Jepun, Steven Sinofsky mengumumkan bahawa Windows 8 Previu Pelancaran (binaan 8400) akan dilancarkan pada minggu pertama bulan Jun.[16] Pada 28 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran (Edisi Cina Mudah Standard x64, bukan versi khas China, binaan 8400) telah dibocorkan dalam talian di pelbagai laman sesawang Cina dan BitTorrent.[17] Pada 31 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran dilancarkan kepada umum oleh Microsoft.[18]
Barangan tambahan pada Previu Pelancaran termasuklah penambahan aplikasi Sukan, Pengembaraan, dan Sukan, bersama-sama versi bersepadu Flash Player dalam Internet Explorer.[19] Tidak seperti Previu Pembangun dan Previu Pengguna, tarikh luput bagi previu pelancaran ini ditetapkan pada 16 Januari 2013.
Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 (binaan 9200[20]) dilancarkan kepada pengilang.[21] Microsoft merancang untuk melancarkan Windows 8 kepada umum pada 26 Oktober 2012.[22] Walau bagaimanapun, hanya sehari selepas pelancarannya kepada pengilang, satu naskhah versi terakhir Windows 8 Enterprise N (dihasilkan untuk pasaran Eropah) dibocorkan ke laman sesawang dan beberapa hari kemudian terdapat edisi Professional dan Enterprise dibocorkan bagi kedua-dua versi x86 dan x64.[23][24]
Windows 8 menggunakan antara muka pengguna baharu berasaskan bahasa reka bentuk Metro Microsoft. Persekitaran Metro akan menampilkan skrin Start berasaskan jubin yang serupa seperti sistem pengendalian Windows Phone. Setiap jubin mewakili aplikasi, serta memaparkan informasi relevan seperti bilangan mesej yang belum dibaca pada jubin aplikasi e-mel atau suhu semasa pada aplikasi cuaca. Aplikasi sebegini berjalan dalam keadaan skrin penuh, serta berupaya untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain menggunakan "kontrak".[25] Aplikasi sebegini hanya boleh didapati melalui Windows Store.[26] Aplikasi dalam antara muka baharu dibangunkan dengan pelantar Windows Runtime baharu menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan, termasuklah C++, Visual Basic, C#, dan HTML dengan kod JavaScript di belakang tabir.
Persekitaran desktop tradisional untuk menjalankan aplikasi desktop boleh dicapai melalui satu jubin pada skrin Start baharu. Butang Start dimansuhkan daripada palang tugasan bagi memberi laluan kepada butang Start pada palang azimat, di samping satu titik panas pada penjuru bawah kiri. Kedua-duanya membuka skrin Start baharu, yang menggantikan menu Start.[27]
Aplikasi yang dibangunkan untuk persekitaran baharu ini dahulunya dirujuk sebagai "aplikasi gaya Metro" dalam bahan pembangunan, menghubungkannya kepada penggunaan Windows 8 terhadap satu antara muka yang mengikuti bahasa reka bentuk Metro sebagai desktop utamanya. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa berikutan potensi isu tanda dagangan dengan syarikat Jerman Metro AG, pegawai-pegawai Microsoft mula menasihati para pembangun Windows agar berhenti menggunakan istilah tersebut. Seorang jurucakap Microsoft walau bagaimanapun menafikan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan istilah "Metro" bagi menerangkan aplikasi tersebut hanyalah sekadar kod nama yang akan dimansuhkan.[28]
Setakat Windows 8 Previu Pelancaran, keperluan sistem minima adalah sama seperti Windows 7 (kecuali CPU); keperluan sistem ini mungkin berubah semasa pelancaran akhir.[57]
Seni bina | IA-32 (32-bit) | x64 (64-bit) |
---|---|---|
Pemproses | 1 GHz (dengan sokongan PAE, NX dan SSE2)[58] | |
Ingatan (RAM) | 1 GB | 2 GB |
Kad grafik | Peranti grafik DirectX 9 dengan WDDM 1.0 atau lebih tinggi | |
Storan | 16 GB | 20 GB |
Untuk menjalankan aplikasi gaya Metro, resolusi paparan 1024x768 atau lebih tinggi diperlukan untuk menjalan satu aplikasi pada satu-satu masa, dan resolusi 1366x768 diperlukan bagi menjalankan dua aplikasi bersebelahan.[59]
Pelantar pemayaan yang disokong secara rasmi untuk Windows 8 Previu Pengguna termasuklah Hyper-V dalam Windows 8 Previu Pembangun, Hyper-V dalam Windows Server 2008 R2, VMware Workstation 8.0.2 untuk Windows, VirtualBox 4.1.8 untuk Windows, Parallels Workstation 6 untuk Windows, Parallels Desktop 4 untuk Windows, dan XenDesktop 5.5.[60]
Untuk memperoleh pensijilan logo, Microsoft memerlukan sistem untuk meneruskan daripada keadaan sedia dalam masa kurang 2 saat bagi sistem x86.[61]
Microsoft melancarkan keperluan perkakasan minimum bagi komputer tablet atau boleh tukar baharu yang direka untuk Windows 8, serta mendefinisikan faktor bentuk boleh tukar sebagai peranti mandiri yang menggabungkan PC, paparan serta sumber kuasa boleh cas semula dengan papan kekunci dan peranti penunjuk yang disambung secara mekanikal dalam satu casis. Sebuah komputer boleh tukar boleh ditukarkan kepada sebuah tablet di mana peranti masukan yang disambungkan disembunyikan atau ditanggalkan dengan hanya meninggalkan paparan sebagai satu-satunya mekanisme masukan.[62][63]
Kad grafik | Peranti grafik DirectX 10 dengan pemacu WDDM 1.2 atau lebih tinggi |
---|---|
Storan | 10GB ruang bebas, selepas pengalaman luar kotak selesai |
Butang piawai | 'Kuasa', 'Kekunci putaran', 'Kekunci Windows', 'Kawalan suara-naik', 'Kawalan suara-turun' |
Skrin | Skrin sesentuh yang menyokong minima pendigit 5 titik serta resolusi sekurang-kurangnya 1366x768. Dimensi fizikal panel paparan mestilah berpadanan dengan nisbah bidang bagi resolusi asli. Resolusi asli panel boleh lebih besar daripada 1366 (melintang) dan 768 (mengufuk). Kedalaman warna asli minima ialah 32 bit. |
Kamera | Minima 720p |
Pengesan cahaya sekitar | Keupayaan 1–30k lux dengan banjaran dinamik 5–60K |
Meter pemecut | 3 paksi dengan kadar data pada atau melebihi 50 Hz |
USB 2.0 | Sekurang-kurangnya satu port pengawal dan terdedah. |
Sambungan | Wi-Fi dan Bluetooth 4.0 + LE (tenaga rendah) |
Lain-lain | Pembesar suara, mikrofon, magnetometer dan giroskop.
Jika peranti jalur lebar mudah alih disepadukan di dalam tablet atau sistem boleh tukar, radio GPS terbantu diperlukan. Peranti yang menyokong komunikasi menghampiri medan perlu mempunyai tanda visual untuk membantu pengguna mencari serta menggunakan teknologi tersebut. Kombinasi butang baharu bagi Ctrl + Alt + Del ialah Kekunci Windows + Kuasa. |
Windows 8 untuk pemproses IA-32 dan x64 boleh menjalankan kebanyakan perisian yang serasi dengan versi-versi Windows terdahulu, dengan kekangan yang sama seperti Windows 7: Windows 8 64 bit boleh menjalankan perisian 64 bit dan 32 bit manakala Windows 8 32 bit berupaya menjalankan perisian 32 bit dan 16 bit (walaupun sesetengah perisian 16 bit mungkin memerlukan tetapan keserasian untuk diguna pakai, jika tidak ia tidak boleh dijalankan langsung).
Windows RT, versi Windows 8 untuk sistem dengan pemproses ARM, hanya akan menyokong aplikasi yang disertakan dengan sistem (seperti versi khas Office 2013), dibekalkan melalui Windows Update, atau aplikasi yang diperolehi melalui Windows Store. Windows pada sistem ARM tidak akan menyokong penjalanan, emulasi, atau pemindahan aplikasi desktop x86/64 sedia ada untuk menjamin kualiti aplikasi yang didapati untuk sistem ARM.[65]
Aplikasi gaya Metro boleh jadi sama ada saling serasi antara Windows 8 dengan Windows RT, atau dikompilkan untuk menyokong satu seni bina khusus.[66]
Pada 18 Februari 2012, Microsoft mengesahkan bahawa dalam Windows 8, logo Windows akan dikemaskini dengan ketara bagi mencerminkan bahasa reka bentuk Metro. Logo tersebut direka oleh rakan Pentagram Paula Scher. Logo lama berbentuk bendera ditukarkan kepada empat bingkai tingkap, ditambah perspektif, serta keseluruhan logo akan dilepa dalam satu warna pejal, yang bergantung kepada perubahan peribagi pengguna.[67]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.