William John Butterworth
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mejar Jeneral William John Butterworth CB (10 Jun 1801 – 4 November 1856) merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dari Ogos 1843 hingga 21 Mac 1855.[1]
William John Butterworth CB | |
---|---|
![]() | |
Dalam jawatan Ogos 1843 – 21 Mac 1855 | |
Raja | Ratu Victoria |
Didahului oleh | Sir Samuel George Bonham |
Digantikan oleh | Edmund Augustus Blundell |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 10 Jun 1801 |
Meninggal dunia | 4 November 1856 55) | (umur
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Bidang pengkhususan | Pegawai tentera, pentadbir |
Kota Butterworth di negeri Pulau Pinang, Malaysia dinamakan sempena beliau.
Biografi
Awal hidup
William John merupakan anak kepada Kapten William Butterworth RN, seorang perajurit yang terkorban dalam Pertempuran Trafalgar 1805, dan isterinya Ann Hodgkinson.
Kerjaya dalam empayar
William John menyertai Tentera India British di markas Madras di mana beliau berpangkat leftenan kolonel dalam Rejimen Madras ke-38.
Beliau dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Ogos 1843.[1] Jawatan beliau masih dikekalkan meskipun pentadbiran Negeri-Negeri ini dipindahkan dari wewenang Gabenor Bengal kepada Gabenor Jeneral India tahun 1851.
Dalam tampuk pemerintahan ini, William turut bertanggungjawab mendirikan Kor Relawan Singapura (Singapore Volunteer Corps),[2] sebuah pasukan militia yang ditugaskan mengawal keselamatan persekitaran jajahan pulau tersebut - ia merupakan duluan kepada Angkatan Bersenjata Singapura. Beliau dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral atas sumbangan ini tahun 1855.[3]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.