From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilayah Auckland merupakan satu daripada enam belas wilayah di New Zealand, dinamakan sempena bandar Auckland, kawasan urban terbesar negara tersebut. Wilayah tersebut mengandungi area metropolitan, pekan kecil, perkampungan dan kepulauan di Teluk Hauraki. Dengan memiliki sepertiga daripada penduduk negara tersebut, wilayah ini mempunyai bilangan penduduk dan ekonomi yang paling besar berbanding mana-mana wilayah di New Zealand, tetapi mempunyai luas tanah kedua terkecil.
Wilayah Auckland | |
Negara: | New Zealand |
Majlis Wilayah | |
---|---|
Nama: | Majlis Auckland |
Datuk Bandar: | Len Brown |
Populasi: | 1,507,700 anggaran Jun 2012 |
Keluasan tanah: | 4,894 km2 (1,890 bt2)[1] |
Laman web: | aucklandcouncil.govt.nz |
Bandar dan Pekan | |
Bandar: | Auckland |
Pekan: | Orewa, Helensville, Warkworth, Wellsford, Pukekohe, Waiuku, Clevedon, Maraetai, Muriwai, Piha, Coatesville, Kumeu, Drury |
Pada 1 November 2010, Wilayah Auckland memiliki kuasa pemerintahan kesatuan iaitu dikawal oleh Majlis Auckland, yang menggantikan majlis wilayah dan tujuh majlis tempatan sebelumnya. Dalam proses tersebut, kawasan di sudut tenggaranya dipindahkan ke Wilayah Waikato yang berjiranan. Nama "Wilayah Auckland" dikekalkan untuk tujuan harian.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.