From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebuah wabak cacar monyet disahkan pada 6 Mei 2022, bermula daripada seorang Inggeris yang mengalami simptom-simptom cacar monyet pada 29 April selepas pulang dari Nigeria, di mana cacar monyet bersifat endemik.[4] Orang ini pulang ke United Kingdom pada 4 Mei lalu menjadi kes indeks negara.[5]
Wabak cacar monyet 2022 | |
---|---|
Penyakit | Cacar monyet |
Baka virus | Virus cacar monyet, klade Afrika Barat, subklade wabak 2017–2019[1] |
Sumber | Klad Afrika barat (anggapan)[2][3] |
Lokasi | 66 negara, kebanyakan di Eropah dan Amerika Utara |
Asal wabak | London, England |
Tarikh | 4 Mei 2022 – kini (2 tahun, 2 bulan, dan 14 hari) |
Kes yang disahkan | 13,424 |
Kes yang disyaki‡ | 243 |
‡Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan. |
Sejak 18 Mei, kes-kes dilaporkan daripada pelbagai kawasan, kebanyakan dari Eropah (terutamanya Eropah Barat), tetapi juga di Amerika Utara dan Australia.[6][7][8][9] 899 kes telah dilaporkan setakat 3 Jun, dengan kira-kira 216 kes dilaporkan pada 24 Mei.[10]
Asal beberapa kes cacar monyet di United Kingdom tidak dapat diketahui. Beberapa pemerhati melihat kepada anggapan sebaran dalam komuniti di kawasan London sejak pertengahan Mei.[11] Kes-kes lanjutan dilaporkan di timur laut dan tenggara England,[12] Scotland, Wales and Northern Ireland.[13][14][15]
Cacar monyet ialah suatu jangkitan virus yang tampak selepas seminggu dua terdedah kepada jangkitan, dituruti dengan demam dan simptom-simptom tak khusus, kemudiannya menerbitkan ruam yang dapat berlanjut dalam dua minggu sebelum lazimnya pulih.[5] Dalam jangkitan-jangkitan sebelumnya, satu ke tiga orang per seratus kes maut. Kes cacar monyet pada kanak-kanak berkemungkinan lebih parah.[16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.