EP pertama kumpulan muzik Victon From Wikipedia, the free encyclopedia
Voice to New World (Suara ke Dunia Baru) ialah album mini (EP) penampilan sulung bagi kumpulan muzik Victon. Ia dilancarkan pada 9 November 2016 di bawah syarikat Plan A Entertainment.[5] Mengandungi enam buah lagu, runut "What Time Is It Now?" (Pukul Berapakah Sekarang?) dan "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa" (아무렇지 않은 척) dijadikan sebagai runut utama untuk mempromosikan EP ini.
Voice to New World | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 9 November 2016 (lihat sejarah pelancaran) | |||
Dirakamkan pada | 2016 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | Pop tarian, rap | |||
Panjang | 22:07 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | ||||
Penerbit | BeomxNang | |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album Victon | ||||
| ||||
Single daripada Voice to New World | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Selepas episod akhir Me & 7 Men, satu iklan acah telah dikeudarakan pada 1 November 2016, menampilkan ahli Apink Son Na-eun; mendedahkan tarikh penampilan pertama rasmi Victon iaitu pada 9 November.[6] Pada keesokan harinya, gambar dan video acah individu untuk ahli Sejun dan Byungchan dilancarkan, diikuti dengan Subin dan Hanse. Pada 4 November, iklan acah untuk Seungwoo, Seungsik dan Chan dilancarkan bersama-sama dengan treler persembahan untuk "What Time Is It Now?", salah satu runut daripada EP pertama mereka.[7]
Album itu menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak diendahkan dan diabaikan oleh teman wanitanya tetapi tidak mampu untuk tidak meninggalkannya. Album itu juga digambarkan mempunyai bunyi pop funk di keseluruhan lagu. Pada 9 November, Victon memulakan penampilan pertama mereka dengan pelancaran EP Voice to New World dan runut utama "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa".[8] Kumpulan muzik ini juga mempromosikan kedua-dua lagu "What Time Is It Now?" dan "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa" di rancangan-rancangan muzik.
※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "What Time Is It Now?" ("Pukul Berapakah Sekarang?") |
| BeomxNang | BeomxNang | 3:14 | |||||
2. | "아무렇지 않은 척" ("Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa") |
| BeomxNang | BeomxNang | 3:32 | |||||
3. | "Beautiful" ("Cantik") |
|
|
| 3:45 | |||||
4. | "날 보며 웃어준다" ("Lihatku dan Senyum") |
|
|
| 4:26 | |||||
5. | "The Chemistry" ("Keserasian") |
| Wiidope | Wiidope | 3:47 | |||||
6. | "#떨려" (versi VICTON) ("#Bergetar") | MU-D9 | MU-D9 | MU-D9 | 3:23 | |||||
Jumlah masa: 22:07 |
Negara | Carta | Ked. tertinggi | Rujukan |
---|---|---|---|
Korea Selatan | Carta mingguan Gaon | 11 | [9] |
Carta bulanan Gaon | 24 | [10] |
Negara | Tarikh | Format | Syarikat/Pengedar | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Korea Selatan | 9 November 2017 | Muat turun digital, penstriman | Plan A Entertainment LOEN Entertainment |
[1] |
Seluruh dunia | [11] | |||
Korea Selatan | CD | [12] | ||
Taiwan | 10 November 2017 | [13] | ||
Seluruh dunia | 11 November 2017 | [14][15] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.