Siniar (bahasa Inggeris: podcast) ialah siri berepisod fail digital menampilkan audio digital tuturan baik dalam format audio langsung[1] (audio siar) atau video[1][2] (video siar, video podcast) yang boleh dilanggan dan dimuat turun dari suapan agar mudah didengari dalam peranti pengguna. Fail-fail disebut ini boleh diuruskan dan dimainkan secara bersepadu dalam banyak peranti dan sumber melalui perkhidmatan dan aplikasi khusus tersedia.

Thumb
Ikon suapan RSS, yang biasanya digunakan sebagai suapan kepada podcast

Format ini didatangkan secara bersiri menampilkan seorang atau lebih juruacara (yakni jurusiniar atau juruaudio siar) berulangan melibatkan diri dalam perbincangan tentang topik tertentu atau hal semasa beraneka rupa baik mengikuti skrip sampai spontan penuh. Ia menggabungkan penghasilan bunyi yang teliti dan berseni selari topik penting bertema dari penyelidikan saintifik hingga kewartawanan cebisan hidup. Banyak siri sebegini menyediakan laman web mengandungi catatan rancangan, biografi tetamu, transkrip, sumber tambahan, ulasan, serta juga forum komuniti yang khusus untuk membincangkan isi rancangan disampaikan.

Media siniar begini berkos rendah bahkan percuma dimuat turun, sedangkan banyak penerbit siniar ini ditaja bersertakan iklan. Adakalanya juga terbitan siniar ini boleh juga menjadi usaha niaga disokong seberapa gabungan model langganan berbayar, pengiklanan atau keluaran dihantar pascajualan.

Peristilahan

Pengungkapan pertama mengenai konsep penyampaian ini, "podcasting" pertama kali muncul dalam sebuah karangan nukilan Ben Hammersley di akhbar The Guardian pada Februari 2004[3] gabungan kata podplayable on demand ("dimainkan atas permintaan") yang kelak digunakan Apple Computer (sekarang Apple) untuk pemain media mudah alih iPod keluaran mereka — dan broadcasting ("penyiaran").[4] Penamaan sebegitu dilihat sesentengah pihak sebagai boleh mengelirukan kerana media suapan dapat dimainkan dengan sebarang peranti umum yang dapat memainkan sebarang fail media.[5] Ada beberapa orang yang mewujudkan istilah "netcast" sebagai kata pengganti "podcast"- untuk menghindari keterkaitannya dengan nama khas gajet "iPod".[6]

Istilah "siniar" sebagai merupakan padanan pertama kepada kata asal dalam alam penutur bahasa Melayu - ia dicipta di Indonesia pada tahun 2011 melalui penyisipan imbuhan dalaman -in- ke dalam kata kerja siar oleh bahasawan Ivan Lanin[7] lalu digunakan secara meluas di negara tersebut sebelum turut dipakai di Malaysia secara tidak formal.

Gambaran umum

Penghasilan

Media ini lazim boleh dihasilkan tanpa memakan modal atau kos yang tinggi, semudah-mudahnya memadai sahaja memakai kelengkapan berikut:

  • mikrofon dan headset untuk merakam diri
  • kamera bermutu tinggi selain daripada yang ada pada komputer (untuk siniar jenis video[8])
  • persekitaran yang membolehkan bunyi sekeliling diredamkan,
  • komputer untuk mengadun rakaman sebaiknya bersama kesan bunyi bersesuaian.

Orang yang berkebolehan mengendalikan media ini atau jurusiniar (podcaster) menghasilkan kandungan diingini sering berinteraksi bersama para pendengar mereka,[9] malah ada juga yang menyumbang bersama menghasilkan kandungan audio siar tersendiri.[9][10] Meskipun media semakin lama menjadi medium yang digemari ramai, bidang audio siar ini tidak begitu dapat meraih pendapatan yang banyak daripada yang dijangkakan[11] sehingga ada juga yang menerima danaan orang ramai ataupun tajaan syarikat tertentu yang diselitkan dalam kandungan mereka.

Pengedaran kandungan

Penerbitan dan pengedaran siniar diperhatikan berbeza berbanding penyampaian media lain – seperti pemuatturunan langsung atau penyiaran web beralir (web streaming) – untuk memperoleh fail media melalui Internet. Semua fail audio atau video yang berkaitan dengan rentetan atau siri (series) tertentu dirumahkan secara terpusat pada pelayan pengedar (distributor's server) sebagai suatu sambungan web.

Fail-fail yang terumah ini akan dicari mealui perisian khusus (podcatcher) yang bersambungan dalam talian agar sebarang kemasukan kandungan baru boleh diperiksa para pendengar atau penonton sebelum dimuat turun; tindakan ini dapat diatur agar dapat berjalan dengan sendirinya. Fail termuat turun ini disimpan secara setempat pada peranti pengguna siap untuk dimain di luar talian: ia memudahkan capaian masuk yang mudah dan senang bagi isi kandungan yang diterbitkan sekali-sekala.[12][13]

Jenis fail audio yang umum digunakan dalam media siniar mencakupi format yang popular seperti Ogg Vorbis dan MP3.[14]

Jenis siniar

  • Siniar cereka (fiction podcast): siniar mirip drama radio dengan barisan pelakon suara, kesan bunyi dan muzik mengkayakan jalan cerita disampaikan.[15]
  • Siniar video atau video siar (video podcast, vodcast): siniar mengandungi kandungan klip video.[2] Siniar jenis ini dimunculkan dari media televisyen sesawang; ia pertama kali dikembangkan dengan terbitnya siri komedi seram Dead End Days dari 31 Oktober 2003 hingga 2004.[2]
  • Siniar berslaid (slidecast): siniar menggunakan bentangan slaid media berasingan dari audio asal[16][17] termasuk grafik.[18][19][20][21] Siniar jenis ini boleh digunakan untuk tujuan perniagaan mahupun pembelajaran.[22][23][24]

Sejarah pembangunan

Suatu sistem awalan yang membenarkan pemilihan, pemuatturunan automatik dan penyimpanan audio siaran bersiri pada komputer persendirian mula dilancarkan pada September 2000[25] oleh syarikat elektronik i2Go.[26] i2Go melancarkan suatu lelaman a digital perkhidmatan audio berita dan hiburan MyAudio2Go.com yang membolehkan pengguna memuat turun siaran berita, sukan, hiburan dan sebagainya dalam format audio dan memainkannya pada pemain MP3 mereka.

Kegunaan

Syarikat-syarikat tertentu seperti IBM dan EMC menggunakan teknologi siniar sebagai suatu saluran atau medium mengajar dan komunikasi.[27][28]

Media penerbitan lama seperti majalah (misalnya The Atlantic[29]) ataupun surat khabar (termasuk New York Times dan Berita Harian Singapura) sudah mula menggunakan siniar sebagai suatu sambungan lanjut (extension) kepada kandungan sedia ada yang telah terbit adakalanya kerana kekangan mengemaskini maklumat semasa ataupun ketidakmampuan memuatkan butiran penting dalam ruang cetakan yang terhad. Badan penyiaran seperti BBC ataupun Astro turut memanfaatkan media ini.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.