From Wikipedia, the free encyclopedia
Varian Omicron, juga dikenali sebagai B.1.1.529 oleh pengecam garis keturunan PANGO, GR/484A oleh pengecam clade GISAID, dan 21K[1] oleh pengecam clade Nextstrain, adalah sejenis varian SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. Kes pertama yang diketahui dikesan di Botswana, bertarikh 9 November 2021[2] dari sampel yang dikumpulkan di bawah Rangkaian Pengawasan Genomik di Afrika Selatan.[3] Pada 26 November 2021, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkannya sebagai varian membimbangkan dan menamakannya dengan huruf Yunani, omikron.[4][5][6]
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (November 2021) |
Varian ini mempunyai bilangan mutasi yang luar biasa besar, beberapa daripadanya adalah baharu, dan beberapa daripadanya mempengaruhi pancang protein (spike protein) yang digunakan untuk kebanyakan penyasaran vaksin pada masa penemuannya. Tahap variasi ini telah membawa kepada kebimbangan mengenai kebolehjangkitan, pengelakan sistem imun dan kekebalan vaksin. Akibatnya, varian itu telah ditetapkan dengan pantas sebagai "membimbangkan", dan sekatan perjalanan dikuatkuasakan oleh beberapa negara untuk mengehadkan atau memperlahankan penularan antarabangsanya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.