From Wikipedia, the free encyclopedia
Vanessa kershawi, dikenali umum sebagai laksamana bersolek Australia,[lower-alpha 1] ialah spesies kupu-kupu yang biasanya hanya ditemukan di Australia,[1] sungguhpun angin dari arah barat turut menyebarkannya ke pulau-pulau di timur Australia, termasuk New Zealand.[2] Terdapat pertikaian mengenai taksonomi spesies ini. Sesetengah pihak percaya bahawa laksamana bersolek Australia sepatutnya dianggap sebagai subspesiesnya laksamana bersolek (Vanessa cardui) kerana persamaan gaya hidup dan tingkah laku. Tambahan lagi, laksamana bersolek boleh ditemukan di seluruh dunia, tetapi Australia adalah satu-satunya tempat di mana ia cukup berbeza sehingga boleh dianggap sebagai spesies berasingan.[3]
Vanessa kershawi | |
---|---|
Victoria, Australia | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Nymphalidae |
Genus: | Vanessa |
Spesies: | V. kershawi |
Nama binomial | |
Vanessa kershawi (McCoy, 1868) | |
Sinonim | |
Templat:Specieslist |
Ketika musim bunga, kupu-kupu dewasa berpindah ke selatan secara berbondong-bondong dari negeri-negeri utara di Queensland dan New South Wales.[4]
Sumber makanan utamanya ialah Ammobium alatum.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.