From Wikipedia, the free encyclopedia
Valentina Ivanovna Matviyenko (Rusia: Валенти́на Ива́новна Матвие́нко , née Tyutina (Тю́тина), lahir 7 April 1949 di RSS Ukraine), adalah seorang ahli politik Rusia. Beliau kini merupakan wanita paling berkuasa di Rusia, apabila menjadi pengerusi Majlis Persekutuan Rusia pada 2011. Sebelum ini beliau merupakan Gabenor Saint Petersburg sejak 2003.
Valentina Matviyenko | |
---|---|
Gabenor Saint Petersburg | |
Dalam jawatan 15 Oktober 2003[1] – 22 Ogos 2011 | |
Didahului oleh | Vladimir Yakovlev |
Digantikan oleh | Georgy Poltavchenko (Pemangku)ƒ |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Valentina Ivanovna Matviyenko 7 April 1949 Shepetivka, Oblast Khmelnytskyi, Kesatuan Soviet (kini Ukraine) |
Kewarganegaraan | Rusia |
Parti politik | Rusia Bersatu |
Pasangan | Vladimir Vasilyevich Matvienko |
Anak | Sergey Matviyenko (lahir 1973) |
Tempat belajar | Institut Kimia dan Farmaseutik Leningrad |
Matviyenko memulakan kerjaya politiknya pada 1980-an di Saint Petersburg (ketika itu Leningrad). Pada 1990-an beliau menjadi duta Rusia ke Malta (1991–1995) dan Greece (1997–1998).[2]
Pada 2003, Matviyenko menjadi gabenor wanita pertama Saint Petersburg, serta gabenor wanita pertama dalam sejarah Rusia.[3] Pada 22 Ogos 2011, tidak lama selepas siapnya Empangan Saint Petersburg, Matviyenko meletak jawatan. Sebagai anggota parti Rusia Bersatu, pada 21 September beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia,[4] jawatan ketiga tertinggi di Rusia, dan jawatan politik tertinggi yang dicapai wanita di Rssia sejak zaman Maharani Yekaterina II Velikaya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.