From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Columbia dalam Bandar Raya New York (bahasa Inggeris: Columbia University in the City of New York)[4] atau ringkasnya Universiti Columbia (Columbia University) merupakan sebuah universiti swasta di Amerika Syarikat dan merupakan badan anggota Liga Ivy. Kampus utamanya terletak di dalam kejiranan Morningside Heights di boro Manhattan, bandar raya New York.
Columbia University in the City of New York | |
Nama lama |
|
---|---|
Moto | In lumine Tuo videbimus lumen (bahasa Latin, petikan kitab Mazmur 36:9) |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 1754 |
Pembiayaan | USD13.6 bilion (2023)[1]:23 |
Bajet | $5.9 billion (2023)[1]:5 |
Presiden | Minouche Shafik |
Provos | Angela Olinto |
Staf akademik | 3,543[2] |
Pelajar | 36,649[3] |
Siswazah | 9,761[3] |
Ijazah/Sarjana | 26,888[3] |
Lokasi | , |
Kampus | Jumlah, 299 ekar (1.23 km²): Bandar, 36 ekar (0.15 km²) Morningside Heights Campus, 26 ekar (0.1 km²), Baker Field athletic complex, 20 ekar (0.09 km²), Medical Center, 157 ekar (0.64 km²) Lamont-Doherty Earth Observatory, 60 ekar (0.25 km²), Nevis Laboratories, Reid Hall (Paris) |
Akhbar | Columbia Daily Spectator |
Warna | "Biru Columbia" dan putih |
Olahraga | NCAA Division I FCS, Liga Ivy 29 pasukan sukan |
Nama samaran | Columbia Lions |
Penggabungan | MAISA; AAU |
Laman sesawang | www.columbia.edu |
Institusi ini telah ditubuhkan sebagai King's College oleh Gereja England, menerima Piagam Diraja dalam tahun 1754 daripada Raja George II. Kelas pengajaran mula diadakan pada Julai tahun itu oleh Samuel Johnson seramai 8 orang.[5]:8–10 Pada 1 Mei 1874 berikutan Perang Revolusi Amerika, pihak kolej meluluskan akta yang menyatakan kerjasama pemerintah negeri New York, mendirikan suatu lembaga pengarah dan menukarkan namanya kepada Columbia College.[5]
Pada 1968, para pelajar universiti pimpinan pertubuhan Pelajar Menyokong Masyarakat Demokratik (Students for a Democratic Society) melakukan mogok tidak belajar dan tunjuk perasaan besar menentang pelibatan pemerintah Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam[6] mengepung banyak bangunan pekarangan universiti sehingga pihak berkuasa universiti mengarahkan Jabatan Polis Bandar Raya New York menarik keluar semua aktivis secara secara keras.[7]
Pada 17 April 2024, kelompok aktivis pelajar Yahudi Jewish Voice for Peace dan kelompok aktivis pelajar Palestin Within Our Lifetime turun padang di pekarangan kampus universiti sebanyak 50 kaki khemah membentuk "Perkhemahan Setiakawan Gaza" (Gaza Solidarity Encampment)[8][9] dengan tujuan mendesak pihak Universiti memutuskan hubungan kewangan dengan pemerintah Israel berikutan perang yang meletus dilakukan Angkatan Pertahanannya serata Genting Gaza.[10] Pada 30 haribulan sama, para aktivis menyerbu masuk dan mengunci Dewan Hamilton[11] yang diberi gelaran "Dewan Hind" (Hind's Hall) memperingati pembunuhan Hind Rajab sekeluarganya oleh tentera Israel;[12] hal ini menyebabkan banyak polis dibawa masuk pihak Universiti mengawal persekitaran dewan dikepung.[13] The administration threatened to expel students who participated in the hall takeover.[14] Pihak Universiti beralih kepada pembelajaran hibrid dalam talian sepanjang semester[15] malah majlis konvokesyen universiti tersebut pada 15 Mei dibatalkan.[16] Insiden ini pertama kali seumpamanya berlaku berdekad-dekad mengulangi kejadian tahun 1968 semasa Perang Vietnam.[17]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.