Ummah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ummah (bahasa Arab: أمة, bahasa Melayu: umat) adalah sebuah kata dan frasa daripada bahasa Arab yang bererti: "masyarakat" atau "bangsa". Perkataan ini berasal dari kata amma-yaummu, yang boleh bermakna: "menuju", "menumpu", atau "meneladani". Dari akar kata yang sama, terbentuk juga: um, yang bererti "ibu", dan imam, yang bererti "pemimpin".[1]
Perkataan ummah (jamak: umam) bermaksud bangsa dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, itilah Arab bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah الأمم المتحدة Al-Umam Al-Muttahidah, dan istilah الأمة العربية Al-Ummah Al-Arabiyah digunakan untuk merujuk kepada bangsa Arab.[2]
Perkataan ummah berbeza dengan konsep negara atau rakyat. Dalam konteks yang lebih besar, ia digunakan untuk menerangkan kumpulan individu yang besar. Sebagai contoh, perkataan Arab شعب sha'ab ("rakyat") digunakan untuk menerangkan rakyat atau warganegara Turki. Walau bagaimanapun, istilah ummah digunakan untuk menerangkan orang Turkik, secara keseluruhan termasuklah Turki, begitu juga seluruh diaspora Turki.
Frasa Ummah Wāhidah dalam al-Quran (أمة واحدة , "Satu Bangsa") merujuk kepada seluruh dunia Islam yang ada dalam satu-satu masa. Al-Quran menyatakan: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" [3:110].
Kegunaannya dijelaskan lagi dalam Piagam Madinah, dokumen terawal menyatakan hasil rundingan Nabi Muhammad pada 622 Masihi dengan ketua-ketua kabilah Madinah, yang secara jelas turut merujuk kepada Yahudi, Kristian (NAsrani) dan masyarakat badwi Madinah sebagai sebahagian daripada Ummah.[3][4][5][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.