UiTM Cawangan Pulau Pinang

From Wikipedia, the free encyclopedia

UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua kampus UiTM di Pulau Pinang iaitu Permatang Pauh (utama) dan Bertam. Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki pada bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan Hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Fakta Segera Moto, Jenis ...
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang
Thumb
MotoUsaha, Takwa, Mulia
JenisUniversiti Awam
Ditubuhkan pada16 Jun 1996
CanselorKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim
Naib CanselorProfesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin
RektorProfesor Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali
Lokasi,
Kampus
  • Permatang Pauh
  • Bertam
Laman sesawangpenang.uitm.edu.my
Tutup

Fakulti

Permatang Pauh

  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

Bertam

  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Sains Kesihatan

Pembelajaran

Kursus yang ditawarkan

Pengajian Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dengan Pengurusan (Coursework)
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Msc) (Penyelidikan)
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik (Phd) (Penyelidikan)

Pengajian Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam (Infrastruktur)
  • Sarjana Sains Pengurusan Pembinaan (Kerja Kursus)
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Forensik Infrastruktur (Kerja Kursus)
  • Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam)
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (Kepujian)
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)

Pengajian Kejuruteraan Kimia

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia
  • Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Seni Pastri
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Hotel (Penyelidikan)
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pelancongan (Penyelidikan)
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Perkhimatan Makanan (Penyelidikan)
  • Doktor Falsafah Hotel dan Pelancongan

Fakulti Farmasi

  • Diploma Farmasi

Fakulti Sains Kesihatan

  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Diploma Kesihatan Persekitaran
  • Diploma Fisioterapi
  • Diploma Permulihan Cara Kerja

Kepimpinan Universiti

Rektor

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.