From Wikipedia, the free encyclopedia
Tā moko merupakan cacahan kekal yang dipakai pada muka dan badan dalam kalangan orang Māori, iaitu masyarakat peribumi New Zealand. Cacahan begini (disebut moko) dilihat sebagai penanda penting seseorang memasuki alam kedewasaan yang turut disertakan upacara tertentu; di mana ia bertindak sebagai tanda pangkat seseorang dalam sesebuah masyarakat serta juga sebagai bahan menarik perhatian untuk bakal pasangan.
Kaum lelaki biasanya dicacah sebegini pada muka, punggung (raperape) dan peha (puhoro), manakala kaum perempuan dicacah pada bibir (kauwae) dan dagu. Cacahan ini biasanya meninggalkan permukaan yang berbekas pada kulit setelah menggunakan pahat khas (uhi[1]). Walau bagaimanapun, kaedah bertatu moden kini turut digunakan untuk menampakkan kesan yang sama pada anggota badan yang diingini.
Para pencacah (tohunga-tā-moko ) membuat tanda pada badan pemakai menggunakan pahat khas (uhi ) berbilah tulang burung camar yang dipukul menggunakan tukul.[2]
Warna cacahan diperbuat daripada bahan semulajadi yang tertentu: spesies kulat Ophiocordyceps sinensis (awheto) digunakan untuk warna badan manakala arang kayu (ngarehu ) digunakan untuk pewarna hitam. (Arang kayu pokok kauri - Agathis australis - bercampur dengan lemak haiwan turut digunakan.[3]) Bahan pewarna ini disimpan dalam bekas khas (oko ) yang sering ditanam untuk disimpan sekiranya tidak digunakan; bahan pewarna ini diwarisi dalam keluarga pencacah selama turun-temurun.
Sejenis corong khas (kōrere) digunakan untuk menyuap makanan kepada pemakai moko saat mulut mereka membengkak setelah pencacahan dibuat.[4]
Pencacahan sering dilakukan oleh kaum lelaki namun terdapat juga segolongan wanita yang melibatkan diri sewaktu awal abad ke-20. Pekerjaan ini dianggap sebagai suatu perkara yang tapu yakni sangat suci serta banyak pantang larangnya.[5] Pemakaian moko secara sewenang-wenangnya oleh orang bukan Māori turut dilarang[6][7][8] memandangkan ia banyak memerlukan izin tertentu serta pemahaman sejarah dan salasilah keluarga Māori yang mendalam.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.