Twilight
From Wikipedia, the free encyclopedia
Twilight ialah sebuah filem fantasi-romantik 2008 yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke dan berdasarkan sebuah novel dengan nama yang sama oleh Stephenie Meyer. Filem ini dibintangi Kristen Stewart sebagai Bella Swan, seorang remaja perempuan, yang jatuh cinta kepada seekor puntianak yang bernama Edward Cullen, dilakonkan oleh Robert Pattinson.
Twilight | |
---|---|
Pengarah | Catherine Hardwicke |
Penulis | Novel: Stephenie Meyer Lakon layar: Melissa Rosenberg |
Dihasilkan oleh | Mark Morgan Greg Mooradian Wyck Godfrey |
Dibintangi | Kristen Stewart Robert Pattinson Taylor Lautner Billy Burke Peter Facinelli Ashley Greene Elizabeth Reaser Nikki Reed Kellan Lutz Jackson Rathbone Anna Kendrick Michael Sheen Dakota Fanning Charlie Bewley Maggie Grace Mackenzie Foy Bryce Dallas Howard Daniel Cudmore Jamie Campbell Bower |
Sinematografi | Elliot Davis |
Disunting oleh | Nancy Richardson |
Muzik oleh | Carter Burwell |
Diedarkan oleh | Summit Entertainment (AS) Entertainment One Ltd. (UK)[1] |
Tarikh tayangan | 21 November 2008 (USA, CAN, ITA, MEX) 27 November 2008 (MY) |
Masa tayangan | 121 min.[2] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $37 juta |
Pecah panggung | $144 juta[3] |
Siri Filem Twilight Saga
Twilight dibahagikan kepada 5 filem.
Twilight (filem 2008)
(2010) Twilight saga: Eclipse
(2011) Twilight saga: Breaking Dawn - Part 1
(2012) Twilight saga: Breaking Dawn - Part 2
Plot
Bella Swan, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun berpindah ke sebuah pekan kecil iaitu Forks, Washington, untuk tinggal bersama ayahnya, Charlie. Di sana, dia tertarik dengan seorang rakan sekelas misteri, Edward Cullen, yang terbongkar sebagai seekor puntianak berumur 108 tahun, tetapi dari segi fizikal berumur 17 tahun. Walaupun Edward tawar hati dengan percintaan itu pada mulanya, mereka akhirnya jatuh cinta dengan mendalam. Apabila kedatangan 3 puntianak nomad, James, Victoria, dan Laurent, membahayakan nyawa Bella, Edward dan keluarganya, Alice Cullen, Carlisle, Esme, Jasper, Emmett dan Rosalie Hale, membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkannya.[4]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.