From Wikipedia, the free encyclopedia
jTurki Muda (Turki: Jon Türkler , bahasa Perancis: Les Jeunes Turcs ) adalah gerakan politik nasionalis pada awal abad ke-20 ditubuhkan di dalam Empayar Uthmaniyah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Ia disertai oleh individu-individu yang pernah dibuang negeri, ahli-ahli intelektual, kakitangan kerajaan, para pelajar dan para pegawai tentera Uthmaniyah. Pergerakan ini bertujuan menggantikan sistem kerajaan mutlak yang ada dalam Empayar Uthmaniyah (pada ketika itu diperintah serta menngantikan pemerintahan dengan suatu kerajaan berperlembagaan.
Suatu pemberontakan dilancarkan golongan ini - Revolusi Turki Muda - bagi melawan kekuasaan mutlak Sultan pada tahun 1908.[1] Revolusi ini berjaya membuahkan hasil dengan penggulingan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 27 April 1909. Golongan Turki Muda menjadi tulang belakang dalam mengembalikan semula kekuasaan kepada kerajaan Uthmaniyah melalui rintisnya zaman Perlembagaan Kedua di mana suatu sistem demokrasi berbilang parti diperkenalkan pertama kalinya dalam sejarah Uthmaniyah.[2]
Suatu badan politik ditubuhkan dalam kalangan anggota Turki Muda ini pada tahun sama iaitu Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan (Turki: İttihat ve Terakki Cemiyeti )[3] yang bertindak mulai melancarkan program memodenkan ketenteraan dan politik seluruh Kesultanan Utsmhmaniyah. Namun, partai ini mulai terpecah kerana anggota Turki Muda yang lebih liberal dan menyokong pemusatan kuasa mendirikan suatu parti pembangkang pada akhir tahun 1911,[4] sementara mereka yang tetap bertahan mendukung dasar atau cermatan yang nasionalis dan pro-sentralisasi.[5] Pada tahun 1912, terjadi perebutan kekuasaan antara kedua puak-puak tersebut, dan pada tahun yang sama suatu pilihan raya umum dan suatu pemberontakan tentera dilancarkan oleh puak-puak yang berbeza pandangan ini.
Perebutan kekuasaan di antara kedua kelompok Turki Muda ini berakhir pada Januari 1913 ketika pemimpin Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan mengambil alih kekuasaan dengan melancarkan serangan di pekarangan Balai Gerbang Tinggi kerajaan. Pemerintahan jawatankuasa dipimpin oleh Menteri Dalam Negeri dan Wazir Agung Talaat Pasha, Menteri Perang Enver Pasha dan Menteri Angkatan Laut Djemal Pasha; ketiga-tiga orang ini bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan kerajaan langsung dalam pemerintahan Uthmaniyah dari tahun 1913 sehingga 1918 di mana mereka bersekutu dengan Empayar Jerman sehingga ia membawa kepada keterlibatan negara tersebut dalam Perang Dunia Pertama[6][7][8] serta juga melancarkan suatu pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk bangsa Armenia[9] sebagai suatu tindak balas terhadap kesangsian dan kemungkinan meletusnya suatu pemberontakan oleh masyarakat kaum tersebut.
Setelah perang berakhir, perebutan kekuasaan antara kedua puak kembali meletus dan Tiga Pasha pergi ke pengasingan. Namun, kekuasaan faksi pembangkang tidak bertahan lama akibat runtuhnya Kesultanan Uthmaniyah.
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.