Remove ads
ahli politik Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Muhammad Fuad bin Stephens (dilahirkan sebagai Donald Aloysius Marmaduke Stephens; 14 September 1920 – 6 Jun 1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga. Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau juga merupakan "Huguan Siou" atau "Paramount Leader" yang pertama bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Muhammad Fuad Stephens | |
---|---|
Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 16 September 1963 – 31 Disember 1964 | |
Timbalan | Datuk Gunsanad Samson Sundang |
Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
Digantikan oleh | Tan Sri Peter Lo Sui Yin |
Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 18 April 1976 – 6 Jun 1976 | |
Timbalan | Datuk Harris Mohd. Salleh |
Didahului oleh | Tun Mohd Said Keruak |
Digantikan oleh | Datuk Harris Mohd. Salleh |
Kawasan pilihan raya | Kiulu (1976) |
Yang di-Pertua Negeri Sabah | |
Dalam jawatan 16 September 1973 – 28 Julai 1975 | |
Didahului oleh | Tun Pengiran Ahmad Raffae |
Digantikan oleh | Tun Mohd Hamdan Abdullah |
Dalam jawatan 1968–1973 | |
Didahului oleh | Mohamed Baba |
Digantikan oleh | Tun Dr. Awang Hassan |
Dalam jawatan 1960–1976 | |
Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
Digantikan oleh | Tan Sri Joseph Pairin Kitingan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) | 14 September 1920
Mati | 6 Jun 1976 55) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | (umur
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu |
Parti politik | UNKO (1961-1964), UPKO (1964-1967), BERJAYA (1975-1976) |
Pasangan | Toh Puan Rahimah Stephens (m.1958-d.1976) |
Anak | Johari Stephens (1952), Affendi Stephens (1958), Asgari Stephens (1960), Faridah Stephens (1962), Fauziah Stephens (1958) |
Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Dalam pilihan raya negeri Sabah pada 5-14 April 1976, Tun Fuad Stephens bertanding atas tiket Berjaya di kawasan N15 Kiulu. Datuk Payar Juman dari USNO . Tun Fuad menang mudah.Parti Berjaya menewaskan USNO setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tun Mohd Fuad bersama anggota kabinet mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Sabah.
Pada 6 Jun 1976, pesawat kecil jenis GAF Nomad buatan Australia menjunam terpacak di Kampung Sembulan , 2km dari Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat ini dikendalikan oleh Sabah Air dari Lapangan Terbang Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu . 11 orang terkorban termasuk anak kapal. Berikut adalah senarai mereka yang terkorban dalam nahas itu :
Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.[2]
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Jenazah Tun Mohammad Fuad telah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.