ahli politik di Malaysia berasal dari Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Samson Sundang Gunsanad (atau sering ditulis sebagai Gunsanad Samson Sundang atau G.S. Sundang) (lahir 23 Ogos 1909 – 6 Jun 1996) ialah seorang ahli politik di Malaysia berasal dari Sabah.
Gunsanad Samson Sundang | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 16 September 1963 – 14 Oktober 1975 | |
Dilantik oleh | Tun Fuad Stephens (1963-1965) Tan Sri Peter Lo (1965-1967) Tun Mustapha Harun (1967-1975) |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Tambunan | |
Dalam jawatan 1971–1976 | |
Mewakili | USNO |
Didahului oleh | Anthony Gibon |
Digantikan oleh | Tan Sri Joseph Pairin Kitingan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Samson Sundang Gunsanad 23 Ogos 1909 Kampung Bandukan, Keningau, Borneo Utara |
Meninggal dunia | 6 Jun 1996 86) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | (umur
Tempat persemadian | Bingkor, Keningau, Sabah |
Parti politik | UNKO (1961-1962) Pasok-Momogun (1962-1964) UPKO (1964-1967) USNO (1967-1978) PASOK (1978) |
Pasangan | Louisa Liew |
Keluarga | Gunsanad Kina (bapa) O.K.K. Sedomon (abang) Tun Ahmad Koroh (anak saudara) |
Pada 1961, beliau bersama-sama pemimpin tempatan telah menubuhkan parti politik pertama di Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). Walau bagaimanapun, beliau telah meninggalkan parti tersebut dan bersama-sama abangnya O.K.K. Sedomon telah mengasaskan Parti Pasok Momogun Kebangsaan Bersatu (UNPMP, atau Pasok Momogun) pada 1962[1].
Beliau merupakan salah seorang daripada ahli politik tempatan Borneo Utara yang menentang pembentukan Malaysia pada awal tahun 1960-an, namun akhirnya telah bersetuju dengan pembentukan negara tersebut pada 1962[2].
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pertama semasa kepimpinan Fuad Stephens, Peter Lo Sui Yin, dan Mustapha Harun dari tahun 1963 hingga 1975.
Pada 1964, beliau telah menjayakan pembentukan Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu (UPKO) yang menggabungkan Pasok Momogun dengan UNKO yang dipimpin Fuad.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.