From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuk-tuk ;Jawi: توق٢, (Thai: ตุ๊กตุ๊ก atau ตุ๊กๆ, IPA: /ˈðʊkˈðʊk/), juga dikenali sebagai beca berenjin adalah sejenis pengangkutan awam beroda tiga yang digunakan secara meluas serta popular di Asia Selatan serta beberapa negara di Asia Tenggara. Ia popular di beberapa bandar raya yang mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk, seperti di Bangkok.
Tuk-tuk biasanya dibuat daripada keluli ditekan di mana rangkanya juga berperanan sebagai badan utama serta beroda tiga. Tempat duduk hadapan hanya memuatkan kerusi pemandu sahaja manakala tempat duduk belakang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga penumpang. Lazimnya, tuk-tuk dibina berasaskan model-model Piaggio Ape atau Daihatsu Midget. Kini, Bajaj Auto dari India adalah syarikat pengeluar tuk-tuk terbesar di dunia.
Tuk-tuk digerakkan dengan enjin kecil berkuasa rendah, dahulunya enjin dua lejang tetapi kini kebanyakannya menggunakan enjin empat lejang. Disebabkan saiz dan kuasa enjin yang rendah, nisbah penurunan keseluruhan yang digunakan adalah besar bagi membolehkan enjin yang kecil untuk mengangkut ramai penumpang; oleh itu, kelajuan maksimum bagi tuk-tuk adalah rendah iaitu sekitar 50 km/j.
Enjin tuk-tuk juga boleh diubahsuai untuk membolehkannya menggunakan gas asli sebagai mana yang diwajibkan di India.
Selain kenderaan beroda tiga yang dibina khusus, tuk-tuk juga boleh dihasilkan dengan memasang badan beca pada bahagian belakang motosikal.
Sistem tambang tuk-tuk adalah lebih kurang sama seperti teksi atau beca. Pengusaha tuk-tuk di sesetengah negara seperti di India diwajibkan memasang meter pada tuk-tuk-tuk sebagaimana teksi. Namun demikian, seperti juga pengusaha teksi, ada juga pengusaha tuk-tuk yang enggan memasang meter, ataupun yang memasang meter yang rosak atau tidak berfungsi dengan betul bagi menipu tambang. Bagi tuk-tuk yang tidak dilengkapi dengan meter, biasanya aktiviti tawar-menawar sering dilakukan untuk mendapatkan kadar tambang yang paling berpatutan dan munasabah.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tuk-tuk |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.