Trance

From Wikipedia, the free encyclopedia

Trance

Trance ialah sejenis muzik tarian elektronik (EDM)[5] yang berkembang pada akhir 1980-an di United Kingdom, dan dikembangkan lebih lanjut pada awal 1990-an di Jerman sebelum tersebar ke seluruh Eropah sebagai cabang dari muzik tekno dan house yang lebih merdu.

Fakta Segera Maklumat am, Asalan gaya ...
Tutup

Muzik trance umumnya memiliki ciri tempo antara 125 dan 160 BPM, frasa melodi yang berulang dan berpusat pada penyintesis dan dram bes di setiap ketukan dan melodi. Asal istilah ini adalah kurang jelas, dengan beberapa menyatakan bahwa istilah ini berasal dari album Klaus Schulze, Trancefer (1981), atau dari aksi trance pertama, Dance 2 Trance; istilah trance itu sendiri merujuk kepada tahap hipnosis dan ketara sedar yang menonjol.[6]

Trance kebanyakannya bersifat instrumental, tetapi vocal juga boleh dimasukkan: lazimnya oleh vokalis wanita mezzo-soprano hingga soprano, kebanyakannya tanpa struktur rangkap-korus lazim. Bentuk vokal berstruktur dalam muzik trance membentuk asas subgenre trance vokal, dan penyanyi lelaki juga diketengahkan.[7][8]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.