tempoh geologi pertama era Neoproterozoik From Wikipedia, the free encyclopedia
Tonos (daripada Bahasa Yunani Kuno: τόνος, tónos , bermaksud "regangan") ialah nama untuk tempoh geologi pertama pada Era Neoproterozoik. Ia bermula sejak 1000 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 720 jtd. Pentarikhan tempoh ini ditetapkan oleh ICS berdasarkan kaedah kronometri radiometrik bukannya berdasarkan stratigrafi. Tempoh Tonos didahului oleh tempoh Stenos era Mesoproterozoik dan diikuti oleh tempoh Kriogen.
Tonos | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Tonian graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrifkan secara kronometrik |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[1] |
Takrif sempadan atas | Pentakrifan semula secara kronometrik dengan umur ditentukur secara interim pada sekitar 720 Ma.[2] (Sebelum ini ditakrifkan secara kronometrik sekitar 850 Ma)[1] |
Calon takrif sempadan atas | Kemunculan pertama pengglasieran yang meluas.[3] |
Calon keratas sempadan atas GSSP | Akan ditentukan |
Tempoh Tonos menyaksikan rengkahan benua yang membawa kepada perpecahan adibenua Rodinia (yang telah terbentuk pada pertengahan tempoh Stenos), dan proses ini menjangkaui masa pada julat masa di antara 900 jtd sehingga ke 850 jtd.
Fosil metazoa (haiwan) jangkaan terawal adalah bertarikh pada pertengahan sehingga ke akhir tempoh Tonos (sekitar 890-800 jtd). Fosil Otavia antiqua, yang dihuraikan sebagai bunga karang primitif oleh penemunya dan ramai sarjana lain paling awal bertarikh kira-kira 800 jtd. Malahan fosil seakan bunga karang dalam terumbu yang lebih awal sejak 890 juta tahun sebelum masa kini telah dilaporkan, tetapi identiti sebenar fosil tersebut sangat berkontroversi.[4] Pentarikhan ini adalah konsisten dengan data molekul yang dipulihkan melalui kajian genetik ke atas spesies metazoa moden; kajian yang lebih terkini telah membuat kesimpulan bahawa pangkal pokok filogenetik haiwan adalah dalam tempoh Tonos. [5]
Percabangan evolusi besar pertama untuk makhluk akritark berlaku semasa tempoh Tonos ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.