From Wikipedia, the free encyclopedia
Titik G atau titik Grafenberg (bahasa Inggeris: G-spot) juga kadangkala dipanggil lelangit faraj adalah satu kawasan yang boleh ditemui dibelakang tulang pubik wanita. Ia sebahagian dari span uretra. Sesetengah orang percaya ia adalah saraf dalam sistem pembiakan wanita. Jika titik G terangsang ketika hubungan seks, ia akan menyebabkan sensasi kenikmatan seperti puncak syahwat dan pancutan mani perempuan.
Titik G Gräfenberg-spot (Gräfenberg's locus) | |
---|---|
Pengenalpastian | |
Terminologi anatomi |
Titik G mula disebut dalam kertas akademik (Addiego et al.) pada tahun 1981. Titik G dinamakan sempena pakar sakit puan dari Jerman, Ernst Grafenberg, yang mendakwa sebagai orang pertama menghipotesis kewujudannya pada tahun 1950. Sebuah buku mengenai titk G diterbitkan pada tahun 1982 bertajuk "The G Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality" oleh Ladas et al.
Titik G tidak ada tempat khusus tetapi ada dua cara boleh digunakan untuk mencarinya:
Terdapat wanita yang mengatakan mereka mencapai puncak syahwat yang lebih apabila titik G terangsang.[1]
Ahli sains juga melakukan eksperimen dengan faraj dengan menyentuhnya pada beberapa tempat. Hasil penemuan mereka pada kebanyakan eksperimen, titik G berdekatan dengan bahagian hadapan faraj.[2]
Sesetengah orang tidak percaya titik G wujud dan menganggapnya sebagai dongeng. Tetapi hari ini, titik G diterima sebagai wujud oleh majoriti manusia. Sesetengah mereka hanya mengatakan ia satu "kawasan yang sensitif" di faraj.[3]