The Wolf of Wall Street (filem 2013)
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Wolf of Wall Street ialah sebuah filem komedi biografi Amerika Syarikat tahun 2013 diarahkan oleh Martin Scorsese. Filem ini dibintangi Leonardo DiCaprio, Jonah Hill, Margot Robbie, Kyle Chandler, Matthew McConaughey, Rob Reiner, Jon Favreau dan Jean Dujardin.
The Wolf of Wall Street | |
---|---|
Pengarah | Martin Scorsese |
Lakon layar | Terence Winter |
Berdasarkan | The Wolf of Wall Street oleh Jordan Belfort |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Rodrigo Prieto |
Disunting oleh | Thelma Schoonmaker |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 180 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $100 juta[2][3] |
Pecah panggung | $392 juta[3] |
ilem ini mendapat tayangan perdananya di Bandar Raya New York pada 17 Disember 2013 sebelum ditayangkan se- Amerika Syarikat pada h25 Disember tahun sama oleh Paramount Pictures. Ia mencapai kejayaan komersial, mengutip $392 juta di seluruh dunia.[4] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dan dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuk lima pencalonan di Anugerah Akademi ke-86.
Plot
Jordan Belfort ialah seorang broker saham Long Island yang dipenjarakan selama 22 bulan kerana menipu pelabur-pelabur dalam penipuan sekuriti besar-besaran pada tahun 1990-an yang melibatkan rasuah yang berleluasa di Wall Street dan dalam dunia perbankan korporat termasuk pereka kasut, Steve Madden.
Barisan pelakon
- Leonardo DiCaprio sebagai Jordan Belfort[5][6]
- Jonah Hill sebagai Donnie Azoff (berdasarkan Danny Porush)[7][8]
- Margot Robbie sebagai Naomi Lapaglia (berdasarkan Nadine Caridi)[9][10]
- Matthew McConaughey sebagai Mark Hanna[11]
- Kyle Chandler sebagai Patrick Denham
- Rob Reiner sebagai Max "Mad Max" Belfort[12][13]
- Jon Bernthal sebagai Brad Bodnick[14]
- Jon Favreau sebagai Manny Riskin
- Jean Dujardin sebagai Jean-Jacques Saurel[15]
- Joanna Lumley sebagai Aunt Emma
- Cristin Milioti sebagai Teresa Petrillo[16]
- Christine Ebersole sebagai Leah Belfort
- Shea Whigham sebagai Kapten Ted Beecham
- Katarina Čas sebagai Chantalle Bodnick
- P. J. Byrne sebagai Nicky "Rugrat" Koskoff
- Kenneth Choi sebagai Chester Ming[17]
- Brian Sacca sebagai Robbie "Pinhead" Feinberg
- Henry Zebrowski sebagai Alden "Sea Otter" Kupferberg
- Ethan Suplee sebagai Toby Welch
- Barry Rothbart sebagai Peter Diblasio
- Jake Hoffman sebagai Steve Madden
- Mackenzie Meehan sebagai Hildy Azoff[18][19][20]
- Spike Jonze sebagai Dwayne
- Bo Dietl sebagai Bo Dietl
- Jon Spinogatti sebagai Nicholas
- Madison McKinley Garton sebagai Heidi[21][22]
- Aya Cash sebagai Janet
- Thomas Middleditch sebagai Stratton Broker in a Bowtie
- Shea Coleman sebagai Skylar Belfort (14 bulan)
- Giselle Eisenberg sebagai Skylar Belfort (4 tahun)
- Johnnie Mae sebagai Violet
- Jordan Belfort sebagai Auckland Straight Line Host
Produksi
- Martin Scorsese – pengarah, penerbit
- Terence Winter – penulis
- Leonardo DiCaprio – penerbit
- Riza Aziz – penerbit
- Joey McFarland – penerbit
- Emma Tillinger Koskoff – penerbit
- Rodrigo Prieto – sinematografi
- Bob Shaw – pereka produksi
- Sandy Powell – pereka kostum
- Thelma Schoonmaker – editor
- Rob Legato – penyelia kesan visual
- Robbie Robertson – penyelia muzik
Tayangan
Pada Oktober 22, 2013, ia telah dilaporkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada Krismas tahun 2013.[23] Paramount secara rasmi mengesahkan bahawa Hari Krismas 2013 sebagai tarikh tayangan pada Oktober 29, 2013 dengan tempoh tayangan selama 165 minit.[24][25] Pada November 25, 2013, tempoh tayangan telah diumumkan selama 179 minit.[26]
Box office
The Wolf of Wall Street mengutip $116.9 juta di Amerika Utara dan $275.1 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul sebanyak $392 juta,[3] menjadikannya filem Scorsese dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia.[27] Di Amerika Utara, filem ini dibuka di nombor lima pada hujung minggu pertamanya dengan $18.4 juta di 3,387 teater dibelakang The Hobbit: The Desolation of Smaug, Frozen, Anchorman 2: The Legend Continues dan American Hustle.[28] Di Australia, ia merupakan filem rating-R dengan kutipan tertinggi, mengutip $12.96 juta.[29]
Penerimaan
Respons kritikal
The Wolf of Wall Street menerima ulasan positif dengan ramai yang memuji lakonan DiCaprio dan Hill, arahan Scorsese dan lakon layar Winter. Di Rotten Tomatoes, filem ini mempunyai rating 77% berdasarkan 248 ulasan dengan purata skor 7.7/10.[30] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 75 daripada 100 berdasarkan 47 pengkritik.[31]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.