From Wikipedia, the free encyclopedia
The Journey (一路有你 Yī lù yǒu nǐ) merupakan filem drama komedi keluarga Malaysia 2014 arahan Chiu Keng Guan dengan lakon layar oleh Ryon Lee.[3] Filem ini dibintangi oleh Ben Andrew Pfeiffer, Lee Sai Peng dan Joanne Yew Hong Im. Filem ini mengisahkan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya untuk mengahwini seorang pemuda Inggeris dengan satu syarat iaitu pemuda tersebut harus mengikutinya mengelilingi seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan mereka.[4]
The Journey (一路有你 Yī lù yǒu nǐ) | |
---|---|
Pengarah | Chiu Keng Guan |
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Eric Yeong |
Disunting oleh | Gwyneth Lee |
Muzik oleh | Alex San |
Syarikat penerbitan | Woohoo Pictures |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Mandarin Kantonis Inggeris |
Bajet | RM3 juta[1] |
Pecah panggung | RM16.87 juta[2] |
Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada enam pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Filem bukan dalam bahasa Melayu Terbaik). Sehingga tahun 2018, The Journey berada di tempat ke-3 dalam senarai filem tempatan dengan kutipan tertinggi, di belakang Polis EVO dan Abang Long Fadil 2.[5]
Uncle Chuan (Lee Sai Peng), merupakan seorang ayah yang konservatif dengan satu set peraturan yang tegar. Apabila anak perempuannya Bee (Joanne Yew) pulang ke rumah selepas menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di England bersama tunangnya Benji (Ben Pfeiffer), Uncle Chuan enggan memberi restu terhadap perkahwinan mereka. Dengan perbezaan budaya dan halangan bahasa yang berpotensi boleh merosakkan perkahwinan antara Benji dan kekasihnya, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan segera. Uncle Chuan dengan berat hati membenarkan mereka berkahwin tetapi dengan satu syarat - majlis perkahwinan itu perlu dengan cara yang tradisional.
Walaupun mereka tidak mengerti antara satu sama lain, Benji dan Uncle Chuan memulakan perjalanan di seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan zaman kanak-kanak Uncle Chuan. Di sepanjang perjalanan, kedua-dua belajar pengajaran yang bernilai mengenai menerima perbezaan antara satu sama lain.
Dibantu oleh
Penggambaran asas telah diadakan di serata lokasi di Malaysia. Lokasi merangkumi Cameron Highlands, Jeti Chew dan Jambatan Keretapi Pinang Tunggal di Pulau Pinang (yang akhirnya dirobohkan selesai penggambaran), Pulau Aur, Kuala Lumpur, Baling di Kedah, Ipoh, dan Sabah.
Filem ini juga menampilkan persembahan Chingay di Johor Bahru, di mana pengarah Chiu tetap mahu memasukkan babak tersebut walaupun kehabisan modal.[6]
The Journey mula diedarkan oleh Multimedia Entertainment dalam format DVD dan VCD pada 20 Mac 2014. Selain itu filem ini turut disiarkan di Astro on-demand saluran Astro First selepas habis tempoh tayangan di pawagam yang menyelitkan dokumentari belakang tabir Chasing for Dream. Filem ini turut ditayangkan di pawagam Singapura pada hari yang sama.[7]
Rata-rata pengkritik memberi ulasan yang bercampur mengenai filem ini.[8]Hassan Muthalib dari Astro Awani mengulas filem ini sebagai filem "...Yasmin Ahmad dengan sebuah belon udara panas yang besar."[9]Patryk Czekaj dari portal perfileman Twitchfilm.com pula mengatakan filem ini sebagai "...filem yang harus dinikmati dengan mata."[10]Patricia Hului dari The Borneo Post, iMyn dari portal perfileman Wayangkini.com serta Aqmar Mustaza dan Hanan Mansor dari Sinar Harian memuji prop dan sinematografi filem.[11][12][13] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[14] Sheril A. Bustaman dari portal perfileman Thoughtsonfilms.com pula mengatakan filem ini sebagai "...langkah permulaan untuk mengubah landskap perfileman Malaysia". Tetapi, beliau turut mengkritik plot penceritaan dan lakonan pelakon utama terutamanya loghat Bee (Joanne Yew) yang tidak menggambarkan seseorang yang telah duduk lama di England.[15] June H.L Wong dari The Star memuji emosi serta sinematografi filem tetapi turut menyelar plot penceritaan dan lakonan.[16] Elizabeth Kerr dari The Hollywood Reporter pula mengkritik arahan Chiu Keng Guan sebagai "tidak kreatif" dan sinematografi Eric Yeong sebagai "bagus, tetapi bukan terbaik".[17] Yip Wai Yee dari The Straits Times mengatakan tiada chemistry antara watak utama dan adegan terakhir yang anti-klimaks.[18]Filem ini mendapat rating 8.0 per 10 dalam portal perfileman IMDb[19]
Filem ini mendapat kutipan RM2.2 juta ketika hari tayangan pertama, mencipta rekod kutipan pembukaan tertinggi filem berbahasa Cina Malaysia. Filem ini terus mendapat RM3.7 juta selepas 6 hari tayangan.[20] Menjelang hari kesebelas tayangan, filem ini menambah jumlah kutipan ke RM6.6 juta.[21] Filem yang popular melalui cara promosi mulut ke mulut berjaya menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan kutipan tertinggi pada 12 Februari 2014 dengan kutipan RM7.6 juta, melepasi rekod yang dicipta filem Ah Beng: Three Wishes (RM7.56 juta).[22] Menjelang 16 Februari, filem ini menakuk pada kutipan RM9.8 juta, untuk menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama berpotensi untuk mencecah had RM10 juta. Pangung wayang tempatan pula terpaksa menambah hari tayangan tambahan untuk memenuhi permintaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.[23] Pada 20 Februari, filem ini cuma kekurangan RM0.2 juta di belakang Ombak Rindu, mencapai kutipan menjadi RM10.70 juta dan menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama untuk mencecah had RM10 juta.
Menyedari kejayaan filem ini di Malaysia, syarikat produksi mempercepatkan tarikh tayangan di Singapura. [24] Menuju penghujung minggu keempat tayangan pada 23 Februari, The Journey secara rasmi menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, mengumpul jumlah kutipan RM12.92 juta[25][26], memecahkan rekod yang dipegang oleh filem KL Gangster sebanyak RM11.74 juta.[27]Sepanjang tempoh tayangannya The Journey meraih sebanyak RM16.87 juta keseluruhan.[28]Pencapaian tersebut akhirnya diatasi oleh filem 2015 Polis EVO dengan kutipan sebanyak RM17.74 juta.[29]
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Udine Far East ke-16 [30][31] | Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai | Tercalon | |
Festival Filem Antarabangsa Beijing 2014[32] | Panorama[33][34] | Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai | Tercalon |
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[35][36] | Filem Terbaik | Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai | Menang |
Pengarah Terbaik | Chiu Keng Guan | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Sai Peng Lee | Menang | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Ben Pfeiffer | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Eric Yeong | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | Ryon Lee, Chan Yoke Yeng | Tercalon | |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[37] | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Lee Sai Peng | Tercalon |
Festival Filem Malaysia ke-27[38] | Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik | Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai | Menang |
Filem Box-office | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Lee Sai Peng | Menang | |
Cerita Asal Terbaik | Chiu Keng Guan | Tercalon | |
Skor Muzik Asal Terbaik | San Wai Lik (Alex San) | Tercalon | |
Penataan Seni Terbaik | Soon Yong Chow | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Eric Yeong | Menang | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.