From Wikipedia, the free encyclopedia
The Hershey Company, (dikenali sehingga April 2005 sebagai Hershey Foods Corporation)[4] juga dikenali sebgai Hershey's, ialah sebuah syarikat Amerika dan salah satu pengeluar terbesar coklat di dunia, ia juga mengeluarkan produk bakar, seperti biskut.[5] Ibu pejabatnya berada di Hershey, Pennsylvania, yang juga merupakan rumah kepada Hershey's Chocolate World. Ia diasaskan oleh Milton S. Hershey pada tahun 1894 sebagai Hershey Chocolate Company, anak syarikat Lancaster Caramel Company. Coklat Hershey boleh didapati di seluruh Amerika Syarikat, kerana rangkaian pengedarannya yang luas.[6] Mereka mempunyai tiga pusat pengedaran mega, dengan teknologi moden dan sistem pengurusan buruh.[7] Produk Hershey dijual di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia.[8][9] Di samping itu, Hershey adalah ahli Yayasan Koko Dunia. Ia juga dikaitkan dengan Stadium Hersheypark dan Pusat Giant.
Nama asli | The Hershey Company |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US4278661081 |
Industri | Pemprosesan makanan |
Ditubuhkan | 9 Februari 1894 (sebagai Hershey Chocolate Company) Lancaster, Pennsylvania, A.S.[1] |
Pengasas | Milton S. Hershey |
Ibu pejabat | Hershey, Pennsylvania, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Michele Buck (Presiden dan CEO)[2] |
Keluaran | List of products manufactured by The Hershey Company |
Hasil | ▲ AS$7.515 bilion[3] (2017) |
Pendapatan kendalian | ▲ US$1.275 bilion[3] (2017) |
Pendapatan bersih | ▲ US$783 juta[3] (2017) |
Jumlah aset | ▲ US$5.554 bilion[3] (2017) |
Jumlah ekuiti | ▼ US$932 milion[3] (2017) |
Pemilik | Hershey Trust Company |
Bilangan kakitangan | 15 360 (sepenuh masa)[3] (2017) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.