From Wikipedia, the free encyclopedia
The Godfather ("Si Bapa Baptis") merupakan sebuah filem drama jenayah Amerika Syarikat tahun 1972 arahan Francis Ford Coppola. Ia merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Mario Puzo yang mengisahkan perjalanan hidup keluarga Corleone yang berhijrah dari Sicilia, Itali untuk memulakan hidup baharu di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat; filem ini lebih bertumpukan kepada watak Vito Corleone (lakonan Marlon Brando), ketua keluarga ini yang turut mengendalikan suatu kumpulan jenayah Mafia handalan. Filem ini turut dibintangi Al Pacino, James Caan, Richard Castellano, Robert Duvall, Sterling Hayden, John Marley, Richard Conte dan Diane Keaton.
The Godfather | |
---|---|
Pengarah | Francis Ford Coppola |
Lakon layar |
|
Berdasarkan | The Godfather oleh Mario Puzo |
Dihasilkan oleh | Albert S. Ruddy |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Gordon Willis |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Nino Rota |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 177 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Bajet | USD6–7.2 juta[N 1] |
Pecah panggung | USD246–287 juta[N 2] |
Sejak penayangan filem ini pada 24 Mac 1972, ia disambut meriah atas persembahan dan pembikinannya sehingga banyak menaikkan nama para bintangnya termasuk Coppola dan Pacino; filem ini memenangi kategori-kategori Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Adaptasi Terbaik dalam 10 calonan diraih acara Anugerah Akademi ke-45 tahun sama. Ia turut dianggap sebagai antara filem terhebat dihasilkan Amerika Syarikat sepanjang zaman. Ia dipilih Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat atas kepentingannya dari segi "budaya, sejarah, atau estetik" pada tahun 1990.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Don Vito Corleone tidak bisa menolak apapun permintaan atau kunjungan tetamu semasa mengadakan perkahwinan untuk anak perempuannya, Connie Corleone dengan seorang kenalan keluarga bernama Carlo Rizzi. Salah satu tetamu ini, Bonaserra, meminta Vito agar "mengajar" seberapa pemuda tidak bertanggung jawab yang memperkosa dan menganiaya anaknya. Beberapa waktu setelah itu, datangnya anak baptis Vito Johnny Fontane yang memintanya agar menjamin lakonan dalam suatu filem diimpikannya - seorang anak angkat Vito yang juga peguam iaitu Tom Hagen pergi ke Los Angeles agar mendesak penerbit filem tersebut Jack Woltz. mengekalkan Fontane dalam barisan pelakonnya. Woltz tidak mengendahkan malah mengusir Tom; namun keesokan harinya Woltz terbangun dengan kepala kuda kesayangannya dipenggal atas ribanya, Woltz bertukar fikiran lalu bersetuju mengambil Fontane sebagai bintang utama.
Beberapa waktu sebelum Krismas 1945, Vito menerima tawaran dari Virgil Sollozo, seorang pengedar dadah dari keluarga Tattaglia. Walau bagaimanapun, tawaran itu ditolak kerana ia dikhuatiri dapat merusak hubungan politik Vito. Vito merasa tergugat kerana dia anggap Sollozo tidak akan berhenti sampai tawarannya diterima, maka Vito mengirim seorang pembunuh dipercayainya Luca Brasi untuk menjadi mata-mata di keluarga Tattaglia. Namun, Luca dikelar mati Sollozo dan Bruno. Sementara itu, beberapa anak buah Sollozo berhasil menembak Vito hingga cedera serius, namun Vito sempat diselamatkan - anak sulungnya Sonny mengambil alih kerja ayahnya pada ketika ini.Di bawah pimpinan Sonny,Keluarga Corleone semakin dekat dengan ambang kehancuran.Ditengah perseteruan antara Sonny dengan Tom.Michael pun mempunyai ide untuk membunuh Sollozo dan pengawalnya - seorang kapten polis bernama Marc McCluskey disebuah pertemuan.Dan rencananyapun berhasil.
Mengacu perang dengan keluarga Mafia New York yang lain serta Kepolisian,Sonny pun mulai merencanakan strategi.Diwaktu yang bersamaan Vito pulang dari perawatannya di rumah sakit.Sebagai bentuk perlindungan dari perang,anak ke 2 Vito,Fredo pergi ke Las Vegas,Nevada sedangkan Michael pergi ke Sisilia,Itali.Namun suatu hari Carlo mencampakkan dan menyelingkuhi istrinya Connie,hingga Sonny selaku seorang kakak,bertemu dan memukuli Carlo,Sonny berjanji bahawa jika Carlo mencampakkan Connie lagi,Sonny akan membunuh Carlo.Namun Carlo mencampakkan Connie lagi. Namun di dalam perjalanan untuk bertemu & membunuh Carlo,Sonny terbunuh ditembaki dijalan tol.Di Sisilia,Itali Michael menikahi Apollonia Vitelli namun harus berpisah setelah Apollonia terbunuh dalam sebuah ledakan mobil.Setelah kematian Sonny,Vito pun kembali memimpin Keluarga Corleone dan menyadari bahawa Keluarga Tattaglia telah dikontrol oleh Don keluarga Barzini,Emilio Barzini.Merasa keamanannya telah terjamin dengan ayahnya yang sudah kembali berkuasa,Michael kembali ke Newyork dan menikahi Kay Adams.
Beberapa tahun kemudian,Michael pun mulai menjadi Don menggantikan Ayahnya yang ingin mengakhiri kariernya.Michael pun ingin mengambil bisnis raja Judi Las Vegas Moe Greene sekaligus menjemput Fredo.Namun Moe Greene menolak dan mengusir Michael,sedangkan diwaktu yang sama Michael menyadari bahawa Fredo telah menjadi budak Moe Greene.Beberapa waktu kemudian Vito pun meninggal karena serangan jantung Fatal ketika bermain bernama anak Michael,Anthony dan Michael pun menjadi Don yang Syah bagi keluarga Corleone karena Kakak Michael,Fredo yang seharusnya menjadi Don terlalu lemah untuk menanggung beban & tanggung jawab seorang Don.Untuk memperluas bisnis keluarga,Michael pun menyuruh Caporegime keluarga Corleone,Peter Clemenza,Pengawal pribadinya Al Neri serta serdadu lain untuk membunuh Don dan anggota penting Mafia lain serta Moe Greene disaat dirinya hadir di pembaptisan keponakannya,hal itu dilakukan agar tidak ada yang mengira bahawa Michael adalah dalangnya.Setelah itu Michael pun membunuh Carlo yang dikiranya adalah dalang dalam pembunuhan Sonny.Michael pun akhirnya benar benar menjadi Godfather setelah para Caporegimenya mencium tangannya dan mengatakan Don Corleone.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.