From Wikipedia, the free encyclopedia
Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri Perak, Malaysia. Terowong sepanjang 800 meter ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara-Selatan, antara Plaza Tol Ipoh dengan Kuala Kangsar dan di Kilometer 260 atau 2 km di utara Plaza Tol Ipoh. [1]
Terowong Menora ini dibuka secara rasmi pada tahun 1987. Ada dua terowong sebelah menyebelah. Selepas terowong ini ke arah selatan, keadaan lebuh raya agak curam dan berselekoh dan banyak kenderaan berat seperti lori dan bas tersasar atau terbabas hingga ke kaunter tol di Plaza Tol Ipoh. Lebuh raya ini dipanggil jajaran maut kerana brek bas dan lori tiba-tiba tidak berfungsi dan hilang kawalan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni sesebuah lebuh raya bukit seperti laluan Jelapang - Terowong Menora ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.