Teratak Kasih Salina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Teratak Kasih Salina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Pali Yahya terbitan P&D Pictures Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aqasha dan Fazlina Ahmad Daud. Ia juga merupakan kesinambungan musim ketiga dan terakhir daripada siri drama Rindu Kasih dan memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 18 Februari 2025 hingga 11 Mac 2025 menggantikan Akad Yang Terlindung.
Remove ads
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Remove ads
Sinopsis
Selepas Amir meninggal dunia, Salina (Ummi Nazeera) meneruskan kehidupan baru dari wang tinggalan yang diterima dari arwah suaminya tersebut.
Salina nekad membuka sebuah Teratak Kasih Salina untuk membantu gadis-gadis yang bermasalah dan terlanjur.
Sementara, Halijah (Fazlina Dato' Ahmad Daud) masih dengan dendamnya terhadap Salina dan ingin menjatuhkan Salina.Huda (Shazia) dipaksa menjadi pelacur untuk Hashim (Nafiz Muaz) (abang kembar Hisyam) setelah bekas suaminya tidak jelaskan hutang ceti haram manakala Iqbal (Meor) terpaksa serah Salina untuk jaga Halijah kerana luangkan masa dengan Rita (Mimi Erinda) yang masih dimasukan ke hospital mental.
Salina dipertemukan dengan Tuan Abdullah (Hasnul) untuk urusan perniagaan dan sudi menyerahkan harta kepada Salina kerana beliau tidak tahu bahawa Abdullah adalah bapa saudara Salina (abang kepada arwah Shidah) dan Abdullah mempunyai tiga orang anak iaitu Qasim (Aqasha),Faqir (Luqman) dan Kiesya (Khalida) tapi Qasim sahaja anak kandung. Salina menyimpan dendam terhadap Halijah setelah lama menzalimi beliau dan arwah Fayad (anak) ,tatkala Halijah mula nyanyuk kerana teringat arwah Amir, namun Qasim perasan sikap Salina terhadap layanan terhadap Halijah.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Ummi Nazeera sebagai Salina,Bekas banduan,balu arwah Amir yang mempunyai rumah perlindungan dan isteri kepada Qasim (Episod 1-15)
- Aqasha sebagai Qassim Abdullah, Anak Tuan Abdullah dan abang kepada Faqeh. Beliau seorang duda kemudian berkahwin dengan Salina (Episod 3-15)
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah,Ibu Iqbal,Amir,Huda yang alami gangguan emosi dan mental selepas kematian Amir dalam Rindu Kasih 2. Di episod akhir Halijah meninggal dunia akibat ditikam oleh Rita (Episod 1-15)
- Luqman Hafidz sebagai Faqeh,Anak angkat tuan Abdullah dan adik kepada Qasim yang mempunyai niat jahat terhadap Salina (Episod 2-15)
- Hasnul Rahmat sebagai 𝗧𝘂𝗮𝗻 Abdullah,𝗔𝘆𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗤𝗮𝘀𝗶𝗺,𝗙𝗮𝗾𝗲𝗵,𝗞𝗶𝗲𝘀𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮. Beliau mati di episod 13 akibat ditolak oleh isterinya sendiri (Episod 3-13)
Pelakon pembantu
- Mimi Ernida sebagai Rita Hassan,Isteri Iqbal dan anak kepada Hassan yang alami gangguan Skizofrenia setelah berdendam terhadap Halijah atas kematian ayahnya. Di akhir episod Rita berjaya bunuh Halijah meskipun tidak tahu arwah Hassan telah diupah oleh Halijah sendiri untuk bunuh arwah ayah Salina. (Episod 1-15)
- Shazia Rozaini sebagai Huda,Anak perempuan Halijah yang jadi mangsa sindiket pelacuran, di episod 12 Huda menyesali atas perbuatan dirinya dan masuk ke rumah perlindungan milik Salina. (Episod 1-15)
- Meor Mohd sebagai Iqbal,Anak sulung Halijah dan Suami Rita,Abang ipar Salina (Episod 1-15)
- Khalida Balqis sebagai Keisya,Anak angkat Tuan Abdullah dan Puan Aisyah ,juga bekas isteri Qasim. Di episod akhir Kiesya ditangkap polis atas tuduhan penipuan dan bersubahat dengan Faqeh untuk bunuh Abdullah .(Episod 3-15)
- Erin CTJ sebagai Bella,Penghuni rumah perlindungan milik Salina yang suka memberontak dan mempunyai pengalaman buruk
- Haleeda sebagai Siti Aisyah,Isteri Tuan Abdullah dan ibu Qasim, Faqeh,Kiesya.Di akhir episod Aisyah ditangkap polis atas tuduhan bunuh tanpa niat terhadap arwah Abdullah. (Episod 3-15)
- Iskandar Shah sebagai Amin
- Yamin Abu Bakar sebagai Supri
- Laila Nasir sebagai 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗶𝗷𝗮𝗵 "𝗞𝗵𝗮𝘁𝘆", 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗯𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗰𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮.(𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝟮-𝟭𝟱)
- Siti Rohani Dollah sebagai Tini,Bekas banduan dan rakan arwah Shidah yang bekerja dengan Salina.(Episod 4-15)
Penampilan khas
- Nafiz Muaz sebagai Hisham / Hashim,Hisham dihukum gantung atas kesalahan membunuh Amir dan kembarnya bapa ayam kepada Khaty dan Huda
- Ezzaty Abdullah sebagai Murni,bekas isteri Hisham
- Amyza Aznan sebagai Shida (𝗶𝗺𝗯𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 Rindu Kasih 1)
- Izzue Islam sebagai 𝗔𝗺𝗶𝗿,𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗷𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗶.𝗱𝗶𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗛𝗶𝘀𝗵𝗮𝗺. (𝗜𝗺𝗯𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗥𝗶𝗻𝗱𝘂 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝟭-𝟮)
Remove ads
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads