From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (disingkatkan TNI-AD, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Land Force") adalah cabang darat bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia memiliki kekuatan kira-kira 300,000 anggota tentera.[2] Sejarah Angkatan Darat Indonesia bermula pada tahun 1945 apabila Tentara Keamanan Rakyat (TKR) "Civil Security Forces" muncul sebagai sebuah pasukan separa tentera dan polis.[3]
Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat TNI-AD | |
---|---|
Lambang Tentera Darat Indonesia Bendera Tentera Darat Indonesia | |
Ditubuhkan pada | 5 October 1945 |
Negara | Indonesia |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 483,000 (2016)[1] |
Sebahagian daripada | Tentera Nasional Indonesia |
Markas Besar | Jakarta, Indonesia |
Nama samaran | TNI AD |
Moto | Kartika Eka Paksi (Sanskrit, lit:"burung perkasa dengan satu cita-cita mulia") |
Peringatan | 15 Disember (Hari Juang Kartika) |
Pertempuran | Rampasan Kuasa Chile 1973
tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen rusuhan di Bandar Seri Begawan 2022 Konflik Papua |
Laman web | www.tniad.mil.id |
Komander | |
Ketua Turus | Jeneral en:Dudung Abdurachman |
Naib Ketua Turus | Leftenan Jeneral Bakti Agus Fadjari |
Semenjak gerakan kemerdekaan, Angkatan Darat Indonesia terlibat dalam pelbagai operasi yang bermula dari penyatuan New Guinea Barat, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hingga ke pengilhakan Timor Timur, serta operasi dalaman anti-insurgensi di Aceh, Maluku, dan Papua. Operasi tentera tidak akan berlaku tanpa kontroversi; ia sekali-sekala dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia, terutamanya di Papua Barat, Timor Timur dan Aceh.[4][5]
Angkatan Darat Indonesia dipimpin oleh seorang Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD) yang menjadi pemimpin tertinggi di Markas Besar Angkatan Darat (MABESAD). Jawatan KASAD yang terkini disandang oleh Jeneral TNI Dudung Abdurachman. Angkatan Darat terdiri daripada sebuah MABESAD, 15 Markas Wilayah Tentera (Kodam), 2 Markas Tempur Utama (Komando Tempur Utama atau Kotama); Markas Strategik Angkatan Darat (Kostrad) dan Markas Pasukan Khusus (Kopassus), serta beberapa unit tambahan yang lain.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Kelahiran Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI AD) bersamaan dengan kelahiran TNI, iaitu pada 5 Oktober 1945 apabila Pemerintah Republik Indonesia mengeluarkan maklumat tentang perasmian pembentukan Tentara Kebangsaan yang berbentuk Badan Keamanan Rakyat (BKR) menjadi Tentara Keamanan Rakyat (TKR). TKR mempunyai tugas untuk mengamankan negara dan rakyat daripada gangguan tentera pendudukan Inggeris dan NICA. Pada saat itu TKR yang berintikan unsur Darat juga telah mempunyai unsur Laut, Udara dan Kepolisan. Disamping TKR dibentuk juga Laskar Rakyat sebagai organisasi perlawanan rakyat demi tegaknya Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia 17 Ogos 1945 seperti TRIP (Tentera Republik Indonesia Pelajar), TP (Tentera Pelajar) dan lain-lain.
Dengan Penetapan Pemerintah Bilangan 2 12 Januari 1946 nama Tentara Keamanan Rakyat diubah menjadi Tentara Keselamatan Rakyat yang bertugas pokok menyelamatkan Negara Republik Indonesia dan rakyatnya dari bahaya penjajahan.
Selanjutnya TKR berubah menjadi TRI (Tentara Rakyat Indonesia) pada tanggal 25 Januari 1946 yang terdiri dari unsur Tentara Rakyat Indonesia Darat, Tentara Rakyat Indonesia Laut dan Tentara Rakyat Indonesia Udara. Pada tanggal 5 Mei 1947 Presiden RI menyatakan askar dan barisan rakyat bersenjata ke dalam TRI Darat sehingga namanya menjadi TNI ADRI. Perkembangan berikutnya menjadi APRI (1969) dan selanjutnya kembali lagi menjadi TNI pada 1 April 1999.
Berdasarkan Keputusan Presiden Republik Indonesia Bilangan 163 tahun 1999 pada 14 Disember 1999, tanggal 15 Disember ditetapkan sebagai Hari Juang Kartika Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat.
Ibu pejabat Angkatan Darat berada di bawah koordinasi dengan Ibu Pejabat TNI. Panglima Angkatan Tentera Darat iaitu disebut, Kepala Staf Angkatan Tentera (KSAD), adalah pegawai bertaraf empat bintang yang berpangkat Jeneral yang mengketuai Angkatan Darat TNI di bawah naungan Panglima TNI.
Kedudukan tertinggi di Tentara Darat TNI ialah disebut Kepala Staf Angkatan Darat, biasanya dipegang oleh pegawai berpangkat Jeneral empat bintang.
Dalam Angkatan Tentera Darat, seperti di cawangan lain, pangkat terdiri daripada Pegawai, Bintara (setaraf Sarjan) dan Tamtama (setaraf Prebet). Pangkat tertinggi dalam Tentara adalah Jenderal Besar dengan lima bintang. Sehingga kini hanya terdapat 3 pegawai tentera yang dianugerahkan pangkat lima bintang. Mereka adalah:
Badan-badan ini bertindak seumpama Perintah Pembimbing Utama yang terdiri daripada:
Di Indonesia, tentera memeluk sistem "Tentera Wilayah" (Territorial Army) iaitu yang berasal daripada sistem Ketenteraan Jerman yang diketahui sebagai Wehrkreise system.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.