From Wikipedia, the free encyclopedia
Tensor ialah objek geometri yang memerihalkan hubungan linear antara vektor, skalar, dan tensor lain. Contoh asasi bagi hubungan sedemikian termasuk hasil darab bintik, hasil darah silang, dan peta linear. Vektor dan skalar sendiri juga merupakan tensor. Tensor boleh diwakili sebagai tatasusunan berbilang dimensi bagi nilai berangka. Urutan (juga darjah) sesuatu tensor ialah kedimensian tatasusunan yang diperlukan untuk mewakilinya, atau dengan sama, bilangan indeks yang diperlukan untuk melabel komponen bagi tatasusunan itu. Contohnya, peta linear boleh diwakili oleh suatu matriks (suatu tatasusunan 2 dimensi) dan lalu merupakan suatu tensor urutan ke-2. Skalar ialah nombor tunggal dan lalu merupakan tensor urutan ke-0.
Tensor digunakan untuk mewakili padanan antara set vektor geometri. Contohnya, tensor tegasan Cauchy T mengambil arah v sebagai input dan menghasilkan tegasan T(v) pada permukaan yang normal kepada vektor ini untuk output lalu mengungkapkan hubungan antara kedua-dua vektor ini, ditunjukkan dalam rajah (kanan).
Oleh sebab kedua-duanya mengungkapkan hubungan antara vektor, tensor sendiri mesti bebas daripada pilihan tertentu bagi sistem koordinat. Pencarian wakil bagi sesuatu tensor dalam sebutan asas koordinat menyebabkan tatasusunan berbilang dimensi teratur yang mewakili tensor dalam asas itu atau kerangka rujukan. Koordinat yang bebas daripada tensor kemudian mengambil bentuk hukum penjelmaan "kovarian" yang mengaitkan tatasusunan yang terkomput dalam satu sistem koordinat dengan yang terkomput dalam yang lagi satu. Bentuk tepat bagi hukum penjelmaan menentukan jenis (atau valens) bagi tensor tersebut.
Tensor adalah penting dalam fizik kerana ini menyediakan rangka kerja matematik padat untuk perumusan dan penyelesaian masalah fizik dalam bidang seperti kekenyalan, mekanik bendalir, dan kerelatifan am. Tensor pertama kali dikonsepkan oleh Tullio Levi-Civita dan Gregorio Ricci-Curbastro, yang meneruskan kerja awal Bernhard Riemann dan Elwin Bruno Christoffel dan lain-lain, sebagai sebahagian daripada kalkulus pembezaan mutlak. Konsep ini membolehkan perumusan geometri pembezaan intrinsik bagi sesuatu manifold dalam bentuk tensor kelengkungan Riemann.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.