Remove ads
data komputer yang hanya terdiri daripada aksara-aksara tidak berformat bagi bahan yang boleh dibaca From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam pengkomputan, teks biasa (bahasa Inggeris: Plain text ) ialah kandungan fail berjujukan biasa yang dapat dibaca sebagai bahan teks tanpa banyak pemprosesan, berbanding dengan teks berformat dan fail perduaan yang memerlukan pentafsiran sebahagiannya sebagai objek dedua (integer dikod, nombor nyata, imej, dan lain-lain).
Pengekodan teks biasa secara tradisinya dalam bentuk ASCII, satu daripada terbitannya seperti ISO 639 dan sebagainya, ataupun kadangkalanya EBCDIC. Pengekodan berdasarkan Unikod seperti UTF-8 dan UTF-16 sedang menggantikan terbitan ASCII lama yang terhad kepada kod 7 atau 8 bit.
Fail-fail yang mengandungi penanda ataupun metadata lain secara amnya dianggap sebagai teks biasa, oleh sebab keseluruhan teks dapat dibaca oleh manusia (seperti dalam HTML, XML, dan sebagainya), dan, seperti dihujahkan Coombs, Renear, dan DeRose,[1] tanda baca itu sendiri merupakan penanda. Penggunaan teks biasa dan tidak strim bit bagi menunjukkan penanda membolehkan fail untuk terus kekal "di luar sana", kerana penggunaan teks biasa memberi kekebalan kepada fail daripada perubahan seni reka komputer.
Mengikut piawai Unikod,
Misalnya, teks kaya seperti SGML, RTF, HTML, XML, dan TeX berdasarkan teks biasa. Satu lagi contoh ialah penulisan teks Wiki.
Mengikut Piawai Unikod (The Unicode Standard), teks biasa mempunyai dua sifat utama berkaitan dengan teks kaya:
Tujuan penggunaan teks biasa ialah untuk menjadi bebas daripada program-program yang memerlukan cara pengekodan atau pemformatan tersendiri, dan daripada isu-isu reka bentuk komputer seperti tertib bait dan lain-lain. Fail-fail teks biasa dapat dibuka, dibaca, dan disunting dengan pelbagai penyunting teks dan perkakas perisian utiliti lain. Contoh-contoh termasuk Notepad, (Windows) edit (DOS), ed, emacs, vi, vim, Gedit atau nano (Unix, Linux), SimpleText (Mac OS), atau TextEdit (Mac OS X).
Banyak lagi program komputer yang mampu memproses ataupun membuat teks biasa, seperti perintah-perintah DOS, Windows, MacOS, dan Unix serta program seakan-akannya; dan juga pelayar web (beberapa pelayar seperti Lynx dan Line Mode Browser (Pelayar Mod Baris, LMB atau www) hanya memaparkan teks biasa.
Fail-fail teks biasa adalah universal dalam pengkomputan; hampir semua fail kod sumber yang mengandungi arahan dalam sebuah bahasa pengaturcaraan merupakan fail teks biasa. Teks biasa juga sering digunakan buat fail konfigurasi yang dibaca untuk mendapatkan ketetapan yang disimpan pada permulaan sesebuah program, dan juga untuk e-mel.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.