From Wikipedia, the free encyclopedia
Teks Keranda (Jawi: تيك س كرندا), ialah himpunan mantera pengebumian Mesir purba yang diukir atau tulis pada keranda yang berasal daripada awal Zaman Pertengahan Pertama Mesir. Sebahagian daripada teks ini diambil daripada Teks Piramid, yang digunakan untuk kerabat diraja sahaja, tetapi ditambah unsur-unsur baharu berkenaan hasrat dan kemahuan biasa, menunjukkan bahawa ia digunakan oleh rakyat biasa. Orang Mesir biasa yang mampu membeli sebuah keranda akan dapat kebenaran untuk menggunakan mantera pengebumian ini, dan bukan firaun seorang sahaja lagi dapat hidup abadi di alam akhirat.[1][2]
Seperti nama teks keranda nyatakan, ia ditulis pada keranda dari zaman Kerajaan Pertengahan dengan kira-kira 1,185 mantera. Ia juga kadangkala ditulis pada dinding makam, stele, takar kanopi, papirus dan topeng mumia. Oleh kerana ruang untuk menulis amat terhad, mantera sering dipendekkan, sekali gus menghasilkan versi panjang dan versi pendek yang kemudiannya diserap ke dalam Kitab Orang Mati.[2]
Tidak seperti Teks Piramid yang menumpukan konsep alam syurga, Teks Keranda menumpukan tentang alam akhirat yang diperintah oleh dewa Osiris, dalam tempat dipanggil Duat. Hidup sesudah mati diberi kepada semua orang, dan si mati juga digelar sebagai "Osiris-[nama]". Alam si mati ini dikata penuh dengan makhluk berbahaya, perangkap jerat, dan jerangkap samun yang si mati harus harungi. Mantera yang tertulis dalam Teks Keranda membenarkan si mati untuk melindungi diri mereka daripada bahaya tersebut dan daripada mati sekali lagi.
Dalam teks prasasti juga tertulis bahawa setiap orang akan dihakimi oleh Osiris dan ahli jurinya dengan melihat pahala dan dosa setiap individu. Ia nyatakan bahawa sebuah neraca akan digunakan dan menjadi saat tergemuruh dalam Kitab Orang Mati. Teks juga ada tuliskan kerisauan mereka yang masih hidup, seperti bekerja mencucuk tanam, dan mantera untuk mengelak si mati daripada harus melakukan tugasan yang tidak diingini.
Teks Keranda menggabungkan mantera dengan upacara untuk perlindungan si mati, untuk hasrat dalam hidup seterusnya, untuk perubahan bentuk dan penyatuan ba (jiwa) dan akh (jasad) yang aman, dan banyak lagi. Juga, ada maklumat tentang rupa alam si mati, pemandangan ia dan ahli-ahlinya. Contohnya Sekhet Hotep (Bendang sentosa), denai Rostau dan mahligai Osiris.
Teks Keranda 1130 ialah percakapan dewa suria Ra, yang berkata:
Teks Keranda 1031 dipercakapkan oleh si mati, yang berkata:
Beberapa keranda dari kota mayat zaman Mesir Pertengahan di Deir el-Bersha mempunyai gambaran alam selepas mati, sekali dengan mantera untuk melepasi alam Duat. Himpunan ini, yang digelar Kitab Dua Tuju/Arah, ialah peta alam kubur Mesir purba pertama yang dijumpai. Kitab Dua Tuju lebih tua daripada kitab-kitab alam kubur dari Kerajaan Baharu dan juga Kitab Orang Mati, di mana maklumat tentang pandu haluan di alam kubur menjadi pokoknya. Dua arah yang digambarkan ialah haluan darat dan air, dipisahkan dengan sebuah laut berapi, yang menghala ke denai Rostau dan mahligai Osiris.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.