From Wikipedia, the free encyclopedia
Taufan Laura merupakan salah satu taufan Atlantik terkuat yang melanda Louisiana, Amerika Syarikat. Taufan yang dikategorikan sebagai siklon tropika kuat ini akan membadai Pantai Teluk Amerika Syarikat selepas merentasi Antillen Kecil, Antillen Besar, dan Florida Keys sebagai taufan tropika lemah hingga sederhana. Laura ialah ribut tropika ketiga belas, ribu kedua belas yang diberi nama, taufan keempat, dan ribut besar pertama dalam musim ribut Atlantik 2020.
Hurikan kategori 4 major (SSHWS/NWS) | |
Terbentuk | 20 Ogos 2020 |
---|---|
Reda | 29 Ogos 2020 |
Angin terkuat | 1 minit berterusan: 150 bpj (240 km/j) |
Tekanan terendah | 937 mbar (hPa); 27.67 inHg |
Kematian | 81 |
Kerosakan | $19.1 bilion (2020 USD) |
Kawasan terjejas | Antillen Kecil, Antillen Besar, Bahamas, Semenanjung Yucatán, Pantai Teluk Amerika Syarikat |
Sebahagian daripada Musim taufan Atlantik 2020 |
Taufan Laura terbentuk dari sebuah gelombang tropika besar yang mula bergerak dari lepas pantai Afrika Barat pada 16 Ogos dan menjadi tekanan tropika pada 20 Ogos. Ketika masih dikategorikan sebagai ribut tropika, Laura membadai Antilles Kecil dan Puerto Rico, kemudian bergerak melintasi pulau Hispaniola dan Cuba. Bencana tersebut mencetuskan amaran ribut tropika yang memaksa pemindahan lebih dari 260.000 orang di negara-negara terjejas. Pada saat ini, bahagian luar pita hujan telah mencapai Florida Selatan dan menghasilkan tiupan angin yang kuat, hujan yang sekejap, ombak tinggi, dan kemungkinan merobek arus di Florida Keys. Pada awal 25 Ogos, Laura mulai memasuki Teluk Mexico dan mula dikategorikan sebagai ribut Kategori 1. Meskipun perkembangan Taufan Laura mula perlahan secara signifikan, keadaan atmosfera dan suhu permukaan laut yang hangat memungkinkannya untuk kembali berkembang dengan cepat. Laura kini telah menjadi ribut besar Kategori 4 sejak 26 Ogos 2020.
Sehingga 26 Ogos 2020, sekurang-kurang 27 orang telah terkorban akibat Taufan Laura: 21 orang di Haiti, empat di Republik Dominican, dan dua di Amerika Syarikat.
Pada 16 Ogos 2020, gelombang tropika muncul di lepas pantai barat Afrika. Pada hari yang sama, National Hurricane Center (NHC) menganggarkan bahawa sistem tersebut berpotensi untuk berkembang menjadi siklon tropika.[1] Keesokan harinya, NHC menganggarkan bahawa gelombang tersebut memiliki peluang 50% untuk berkembang menjadi siklon tropika dalam tempoh lima hari berikutnya.[2] Peluang iti meningkat hingga 90% pada 18 Ogos 2020. Pada saat itu, daerah bertekanan rendah berkembang di dalam gelombang, dengan pita hujan yang terletak di dekat pusatnya. Perwatakan seperti ini merupakan pertanda bahwa sistem cuaca tersebut sudah berkembang dengan matang.[3] Pada 20 Ogos 2020, imej satelit menunjukkan bahawa sistem tersebut membangunkan pusat peredaran aras rendah ditentukan (LLCC), dengan perolakan yang menyala di sekitarnya. Akibatnya, NHC mula mengeluarkan amaran tentang Tekanan Tropika Tiga Belas, sementara sistem tersebut berlokasi sekitar 1.035 mil (1.670 km) timur-tenggara Kepulauan Leeward utara.[4]
Pada 21 Ogos 2020, pesawat Hurricane Hunter terbang melepasi tekanan dan memantau angin kencang di sana. Hasil pemantauan dari pesawat tersebut, NHC meningkatkan status tekanan tersebut menjadi Ribut Tropika ketika Laura berada sekitar 375 km di tenggara Kepulauan Leeward utara.[5] Ini menjadikan Laura sebagai taufan Atlantik ke-12 pertama yang diberi nama, memecahkan rekod sebelum ini yang diraih oleh Taufan Luis pada tahun 1995.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.