Tanjah

bandar di Maghribi From Wikipedia, the free encyclopedia

Tanjahmap
Remove ads

Tanjah[2][3] (Arab: طَنجَة, rumi: Ṭanjah, bahasa-bahasa Barbar: ⵟⴰⵏⵊⴰ, rumi: Ṭanjabahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan; Perancis: Tanger turunan Latin: Tingi atau Tinge;[4][5] bahasa Inggeris: Tangiers) merupakan sebuah bandar di pesisiran Mediterranean barat laut Maghribi. Bandar ini ialah ibu negara bagi wilayah Tanger-Tetouan-Al Hoceima, serta Wilayah Ṭanja-Aẓila.

Fakta Segera Negara, Kawasan ...

Banyak tamadun dan budaya telah mempengaruhi sejarah Tanjah, bermula sebelum abad ke-10 SM. Bermula sebagai bandar Barbar yang strategik dan kemudian pusat perdagangan Finiqiyah, Tanjah telah menjadi perhubungan bagi banyak budaya. Pada 1923, ia menjadi zon antarabangsa yang diuruskan oleh kuasa penjajah dan menjadi destinasi bagi ramai diplomat Eropah dan Amerika, pengintip, bohemianisme, penulis dan ahli perniagaan. Status itu berakhir dengan kemerdekaan Maghribi, secara berperingkat antara 1956 dan 1960.

Menjelang awal abad ke-21, Tanjah sedang mengalami pembangunan dan pemodenan yang pesat. Projek termasuk projek pelancongan di sepanjang teluk, daerah perniagaan moden yang dipanggil Pusat Bandar Tanjah, terminal lapangan terbang dan stadium bola sepak. Ekonomi Tanjah ditetapkan untuk mendapat manfaat yang besar daripada pelabuhan Tanger-Med.

Remove ads

Geografi

Thumb
Pandangan Tanjah dari angkasa (2005)

Tanjah terletak antara dua bukit di hujung barat laut teluk yang senama 23 km (14 bt) timur Tanjung Spartel belah selatan Selat Gibraltar, kawasan rata antara dedua bukit ini seperti perani;[6] bukit baratnya dijadikan kota benteng bersejarah kawasan itu.[7] Ia juga terletak atas penara Marsyan jarak 1,189 meter (3,900 ka) merentas barat pusat kota selari pesisiran.[7]

Iklim

Tanjah beriklim Mediterranean (kelas Köppen Csa) dengan curahan hujan lebih berat berbanding tempat-tempat lain serantau Afrika Utara dan Semenanjung Iberia kerana keadaannya yang terdedah.[8] Angin bertiup utama dari laut yang membantu keadaan peredaran udara sekitar kota tersebut dari dahulu.[9]

Musim panas agak tarik dan terang manakala musim sejuknya basah dan sederhana; ibun jarang ada pada musim ini. Suru tehendah di Tanjah adalah −4.2 °C (24.4 °F) dicatatkan pada Januari 2005.[8]

Maklumat lanjut Data iklim untuk Lapangan Terbang Tanjah 1961–1990, extremes 1917–1963, Bulan ...
Remove ads

Sejarah

Petempatan

Tanjah diasaskan para penduduk Finikiah seawal abad ke-10 SM[12][13] mengukuh pada abad ke-8 SM.[14] Ia menjadi pelabuhan besar dalam kerajaan Cathago pada abad ke-5 SM.[12][13] Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa kota ini dinamakan sempena Tinjis, anak sang gergasi Atlas yang menjadi kekasih sedudukan Herakles.[15]

Bandar kembar

Tanjah dikembarkan kepada:[16]

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads