From Wikipedia, the free encyclopedia
Tang Wei[1] (Cina ringkas: 汤唯; Cina tradisional: 湯唯; pinyin: Tāng Wéi; lahir 7 Oktober 1979) ialah seorang pelakon wanita Cina. Beliau terkenal dengan filem lakonannya, Lust, Caution.
Tang Wei dilahirkan di Hangzhou, Zhejiang, Cina. Beliau ialah anak tunggal kepada bekas pelakon pentas dan pelukis. Dalam sebuah wawancara, beliau menyatakan bahawa beliau mering menjelajah seluruh Cina dan mempelajari lukisan, yang diinspirasikan dari ibu bapanya.[2] Tang menamatkan pengajian dari sebuah sekolah tinggi vokasional tempatan di bandar tempat tinggalnya pada 1996, di mana guru-gurunya menyifatkannya sebagai orang yang "atletik" dan seorang "murid yang baik yang selalu mengerjakan PRnya". Beliau tidak berhasrat untuk menjadi terkenal, beliau sebenarnya ingin menjadi ahli arkeologi atau peguam.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.