Talulah Jane Riley-Milburn (lahir 26 September 1985) ialah seorang pelakon wanita England. Beliau pernah membintangi filem Pride and Prejudice, St Trinian's, The Boat That Rocked, dan St. Trinian's 2: The Legend of Fritton's Gold. Riley muncul di halaman depan majalah Esquire edisi Mac 2010.[2][3][4]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Talulah Riley
Thumb
Riley di lokasi penggambaran St. Trinian's 2: The Legend of Fritton's Gold pada 27 Ogos 2009.
Kelahiran
Talulah Jane Riley-Milburn[1]

(1985-09-26) 26 September 1985 (umur 38)
Hertfordshire, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganElon Musk (k. 2010; c. 2012)
Tutup

Kerjaya

Televisyen

Kerjaya televisyen Riley termasuk Poirot (2003), Marple (2006), dan Doctor Who ("Silence in the Library" dan "Forest of the Dead"). Beliau juga memegang watak Lila, seorang penulis muda yang sedang jatuh cinta, dalam siri pendek Nearly Famous (2007) di E4.

Teater

Riley memulakan kerjaya pentas bersama Kevin Spacey dalam The Philadelphia Story yang dipentaskan di Old Vic pada 2005. Penampilannya dalam pementasan semula Summer and Smoke karya Tennessee Williams pada 2006 banyak menerima pujian.[5]

Filem

Pada tahun 2010, Riley muncul sebagai penyamar dalam filem Inception bersama Leonardo DiCaprio yang ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan. Pada tahun itu juga, The Summer House dikeluarkan dan dibintangi oleh Riley sebagai peranan utamanya dibantu oleh Robert Pattinson. Pada hari pertama keluaran tayangannya, The Summer House menjadi filem nombor satu di iTunes di seluruh dunia dan bertahan di kedudukan itu selama beberapa hari.[6][7][8] Menurut laman web rasminya, beliau membintangi filem White Frog.[9]

Kehidupan peribadi

Talulah Riley-Milburn dilahirkan di Hertfordshire sebagai anak tunggal kepada Una Riley, pengasas syarikat sistem keselamatan dan syarikat perhubungan awam,[10] dan Doug Milburn, bekas pengerusi National Crime Squad. Bapanya kini bekerja sebagai penulis skrip dan telah menulis skrip episod Silent Witness, Prime Suspect, dan The Bill. Beliau bersekolah di Cheltenham Ladies College, Berkhamsted Collegiate School, dan Haberdashers' Aske's School for Girls. Sewaktu mengikuti kelas lakonan di London, Riley belajar matematik, fizik, dan ekonomi di Open University.

Riley berkahwin dengan usahawan Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla Motors, pada 25 September 2010 di Katedral Dornoch di Scotland.[11] Pada Januari 2012, ia diberitakan bahawa keduanya akan bercerai.[12] Beliau akan menerima $4,2 juta dari kekayaan bersih Musk sebanyak $2 bilion pada waktu itu.[13]

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Format ...
Tahun Format Tajuk Peranan Catatan
2003Filem TVPoirot: Five Little PigsYoung Angela Warren
2005FilemPride & PrejudiceMary Bennet
2006Filem TVMarple: The Moving FingerMegan Hunter
2007FilemSt Trinian'sAnnabelle Fritton
Filem pendekFriends ForeverGraceNational Film and Television School
Siri TVNearly FamousLila ReedSiri enam bahagian
FilemWilderCarroHanya treler diterbitkan[14]
2008Filem TVPhoo ActionLady Elenor RigsbyPilot - siri enam bahagian dibatalkan[15]
Siri TVDoctor WhoMiss EvangelistaSiri Empat, Ep8 "Silence in the Library", Ep9 "Forest of the Dead"
Pilot TV (tidak disiarkan)The Gemma FactorNellPilot[16] - digantikan oleh Hannah Kew dalam siaran serinya tahun 2010
2009 FilemThe Boat That RockedMarianneBertajuk "Pirate Radio" di Amerika Utara.
Filem pendekThe Summer HouseJaneTayangan perdana di Cannes Short Film Corner
FilemSt. Trinian's 2: The Legend of Fritton's GoldAnnabelle Fritton
2010 FilemInceptionWanita perang di bar
VideoLove & DistrustJaneKoleksi filem-filem pendek, termasuk "The Summer House"
2011 FilemThe DilemmaConcept Car Spokesmodel
2012 FilemThe KnotAlexandraDikeluarkan di UK pada 5 Oktober 2012
FilemWhite FrogMs. LeeTayangan perdana 8 Mac 2012
FilemTransmissionTBA
2013 FilemThe LiabilityThe GirlDikeluarkan di UK pada 17 Mei 2013
FilemIn a World...PippaDikeluarkan di AS pada 9 Ogos 2013
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.