From Wikipedia, the free encyclopedia
Tabut Perjanjian (Ibrani: אָרוֹן הָבְרִית Ārōn Hāb’rīt [sebutan moden Aron Habrit]; Arab: تابوت العهد Tābūt Al-ʿahd) merupakan bekas yang digambarkan dalam Al-Kitab berisi Loh-loh Batu di mana tertulis Sepuluh Perintah Tuhan, Tongkat Harun, dan manna. Menurut Pentateukh, Tabut ini dibuat atas perintah Tuhan, selaras dengan wawasan kenabian Musa di Gunung Sinai (25). Tuhan dikatakan berhubung dengan Musa "dari di antara dua kerubim" di penutup Tabut (25). Tabut dan benda-benda sucinya dianggap "keagungan Israel" (2). Rashi dan beberapa Midrashim menyatakan bahawa terdapat dua tabut - satu dibuat oleh Musa sendiri untuk sementara waktu dan satu yang lebih kemudian dibuat oleh Bezalel.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.