Tengku Syarif Panglima Perlis From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Diraja Syed Zainol Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Syed Anwar Jamalullail (lahir 1952) ialah Tengku Syarif Panglima Perlis dan juga seorang ahli perniagaan. Beliau merupakan adinda kepada DYMM Raja Perlis yang ke-8, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan adinda ipar kepada DYMM Sultan Selangor yang ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Syed Zainol Anwar | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Panglima Perlis | |||||
Keputeraan | Syed Zainol Anwar ibni Syed Putra Jamalullail 1952 (umur 71–72) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak & Tanah Melayu British Inggeris | ||||
Pasangan | Tengku Puan Panglima Perlis YAM Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | ||||
Anakanda | Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamalullail Sharifah Eliza Cornelia Putri Jamalullail | ||||
| |||||
Kerabat | Jamalullail | ||||
Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||
Bonda | Tengku Budriah | ||||
Agama | Sunni Islam |
Syed Zainol Anwar diputerakan pada tahun 1952. Beliau merupakan anakanda kepada Raja Perlis yang ke-7 Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari Universiti Macquarie, Sydney, Australia, setelah berkelayakan pada tahun 1974. Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah, Akauntan Bertauliah (Australia) dan ahli Institut Akauntan Malaysia.[1]
Syed Zainol Anwar memulakan kerjayanya bersama Malaysian Airlines System Berhad pada tahun 1975 sebagai seorang Akauntan Kewangan sebelum berpindah untuk memegang jawatan kanan eksekutif dalam pelbagai syarikat. Jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad.
Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Investment Panel, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Malaysian Airport Holdings Berhad, Media Prima Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, DRB-Hicom Berhad, Malakoff Corporation Berhad, EON Bank Berhad, Uni Asia Life Assurance Berhad, Uni Asia General Insurance Berhad, Radicare (M) Sdn Bhd, Realmild (M) Sdn Bhd dan Nestle (Malaysia) Berhad. Beliau juga sebelum ini merupakan Pengarah Bebas Maxis Communications Berhad, Bangkok Bank Berhad, dan Urusan Kempulan Amanah Capital Partners Berhad.
Pada ketika ini, beliau merupakan Pengerusi SP Setia Berhad, Kenanga Investment Bank Berhad dan Lembaga Zakat Selangor. Beliau juga merupakan Canselor Universiti SEGI.[2]
Pada 7 April 1979, Syed Zainol Anwar telah berkahwin dengan Tengku Puteri Nor Zehan iaitu anakanda bongsu kepada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah.[3]
Mereka dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri: Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamallulail, Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamallulail dan Sharifah Eliza Cornelia Putri Jamallulail.
Beliau telah dikurniakan:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.