From Wikipedia, the free encyclopedia
Surrey (IPA: [ˈsʌri]) ialah sebuah daerah di tenggara England dan juga salah sebuah dari Home Counties. Daerah ini bersempadankan Greater London, Kent, East Sussex, West Sussex, Hampshire, dan Berkshire. Bandar daerah bersejarahnya bernama Guildford.[1] Majlis Kaunti Surrey terletak di Kingston upon Thames yang sebenarnya bergabung dengan Greater London sejak tahun 1965.
Surrey terbahagi kepada 11 boro dan daerah, iaitu: Elmbridge, Epsom dan Ewell, Guildford, Mole Valley, Reigate and Banstead, Runnymede, Spelthorne, Surrey Heath, Tandridge, Waverley, Woking.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.