Surah Maryam
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Surah Maryam (سورة مريم) adalah surah ke-19 dalam al-Quran. Surah ini mengandungi 98 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah kerana hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke negeri Habsyah. Menurut riwayat Ibnu Mas'ud, Ja'far bin Abi Thalib membacakan permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya pada waktu dia turut serta hijrah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyah.
Surah ini dinamai Maryam, kerana surah ini mengandungi kisah Maryam (atau Maria dalam agama kristian), ibu Nabi Isa a.s.. Surah ini menceritakan kelahiran yang ajaib, di mana Maryam melahirkan Isa a.s. sedang belum mengahwini dengan mana-mana laki-laki. Kelahiran Isa a.s. tanpa ayah, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah SWT. Pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib dalam surah ini, diawali dengan kisah kejadian ajaib lainnya, iaitu dikabulkannya doa nabi Zakaria a.s. oleh Allah SWT, di mana ia ingin dianugerahi seorang putera sebagai pewaris dan pelanjut cita-cita dan kepercayaannya, sedang usianya sudah sangat tua dan isterinya adalah wanita yang mandul.
Surah Maryam juga baik utk ibu-ibu mengandung, menguatkan rahim dan membantu perkembangan otak janin menjadi genius dan cergas. Insya-Allah.
Wikisource mempunyai teks ayat suci Al-Quran beserta terjemahan bagi: |
Surah Sebelumnya: Surah Al-Kahfi |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Taahaa |
Surah 19 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.