From Wikipedia, the free encyclopedia
Suiseki (水石 ) adalah batu kecil yang terhasil atau terbentuk secara semula jadi yang dihargai secara tradisinya. Ia serupa dengan batu sarjana Cina.[1]
Batuan Sarjana Cina mempengaruhi perkembangan suiseki di Jepun.[2] Sejarah suiseki di Jepun bermula semasa pemerintahan Maharani Suiko. Objek kecil dibawa ke Jepun sebagai hadiah dari Istana Imperial China.[3]
Suiseki biasanya dibentangkan dalam dua cara yang berbeza:
Batu-batu ini bukan sekadar batu-batuan yang biasa didapati disekeliling; ia perlu terdiri dari batu menonjol dan mempunyai bentuk khas, warna dan tekstur sebelum dikategorikan sebagai suiseki. Terdapat perbezaan antara hiasan taman dan batu objek. Yang pertama mencerminkan hiasan seperti gunung, tasik atau sungai, sementara batu-batu lain mempunyai bentuk objek yang menyerupai haiwan atau ukiran patung.
Batu-batu ini terbetuk secara semula jadi dan terdapat di sungai-sungai, lautan dan kawasan karst. Ia tidak boleh diubah. Pengecualian adalah pemotongan batu untuk memberikan dasar yang rata agar ia boleh ditempatkan secara harmoni pada Daiza, suiban dan Doban, yang akan ditunjukkan dengan cara yang betul.
Penilaian suiseki mengiktiraf kehalusan warna, bentuk, tanda dan permukaan. Menurut Hideo Marushima Hideo Marushima (丸島秀夫 , Marushima Hideo, 1934- ) dalam The History of Suiseki in Japan (日本愛石史 , Nihon aisekishi),
Ia bukanlah perkara bodoh sama sekali untuk menikmati batu di dalam dulang. Saya melihat seluruh dunia dalam batu kecil. Sesetengah objek di dunia ini adalah besar, dan yang lain adalah kecil, dan ia datang dalam pelbagai bentuk, tetapi ia tidak begitu berbeza apabila anda melihat pada intipati mereka.[4]
Jenis suiseki yang popular membayangkan gunung, air terjun, pulau, pondok jerami atau binatang.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.