penulis dan wartawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Haji Ahmad Subki bin Abdul Latif atau Subky Abdul Latif (28 Julai 1940 – 23 Jun 2020) merupakan seorang penulis, wartawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal Harakahdaily. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut[1].
Tuan Haji Subky Abdul Latif KMW (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
Pengerusi As-Sabiqun Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 2017–2020 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Mahfodz Mohamed |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Subki bin Abdul Latif 28 Julai 1940 Sitiawan, Perak |
Meninggal dunia | 23 Jun 2020 79) Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur | (umur
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Hajah Naznah Taha |
Anak-anak |
|
Hubungan | Baharuddin Abdul Latif (abang) |
Kediaman | Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Ahli politik, Wartawan |
Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 28 Julai 1940[2]. Beliau berkahwin dengan Hajah Naznah binti Taha dan anak-anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.[3]
Subky Abdul Latif pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963. Beliau pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu. Beliau merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang tajuk rencana dan penulis pojok. Pada masa itu, beliau berada di barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu, iaitu Mazlan Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau di tempat ketiga. Hal ini demikian kerana, dalam kalangan wartawan kanan yang telah lama bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri), Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan pelajaran agama di Gunung Semanggol, Perak.[4]
Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur. Beliau turut menjadi pengasas beberapa buah akhbar seperti dwi mingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka.’ Begitu juga dengan beberapa majalah yang ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’, ‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.
Pada tahun 1976, Tan Sri Mohd Khir Johari melancarkan akhbar ‘Harian Watan’ yang tujuannya untuk menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana. Bagaimanapun, akhbar yang dipimpinnya itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.[2]
Beliau merupakan pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.[5]
Berikut merupakan antara karya beliau:
Berikut merupakan antara karya beliau dalam karya orang lain:
Berikut merupakan karya beliau yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri
Dalam arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[7]. Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]
Subky Abdul Latif pernah menjadi calon PAS bagi pilihan raya kecil Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam. Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[8] Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
Tahun | Kerusi | Individu | Undi | Catatan | Calon Lain | Undi | Catatan | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1979 | Parlimen Pelabuhan Kelang, Selangor | Subky Abdul Latif (PAS) | 7,525 | Kalah | V. Govindaraj (BN-MIC) | 17,219 | Menang | 9,442 |
K. Ramasen (DAP) | 7,777 | Kalah | ||||||
Abdul Hanif Abdul Manaf (Bebas) | 114 | Hilang Deposit | ||||||
Mani Nagaindra Valliappan (Bebas) | 83 | Hilang Deposit | ||||||
Mohan Lal (Bebas) | 43 | Hilang Deposit | ||||||
Hari Devan Mookhen (Bebas) | 22 | Hilang Deposit | ||||||
1982 | Parlimen Kemaman, Terengganu | Subky Abdul Latif (PAS) | 9,950 | Kalah | Ismail @ Mansor bin Said (BN-UMNO) | 16,582 | Menang | 6,632 |
1986 | Parlimen Parit Buntar, Perak | Subky Abdul Latif (PAS) | 9,846 | Kalah | Abdul Rahman Sulaiman (BN-UMNO) | 11,029 | Menang | 1,183 |
Lim Yan Chiow (DAP) | 5,011 | Kalah | ||||||
1990 | Parlimen Jerai, Kedah | Subky Abdul Latif (PAS) | 11,121 | Kalah | Ghazali Ahmad (BN-UMNO) | 15,723 | Menang | 4,602 |
1995 | Parlimen Parit, Perak | Subky Abdul Latif (PAS) | 6,634 | Kalah | Ainon Khariyah Mohd Abas (BN-UMNO) | 14,207 | Menang | 7,573 |
1999 | Parlimen Kubang Pasu, Kedah | Subky Abdul Latif (PAS) | 12,261 | Kalah | Dr. Mahathir bin Mohamad (BN-UMNO) | 22,399 | Menang | 10,138 |
Subky Abdul Latiff meninggal dunia akibat sindrom myelodyplastic (MDS) kira-kira jam 11 pagi Selasa, 23 Jun 2020. Awal Jun 2020, Subky dimasukkan ke Hospital Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan akibat darah merah rendah, jangkitan paru-paru dan masalah jantung[9]. Almarhum meninggal di rumahnya di Padang Balang, Gombak pada jam 11.05 pagi dan meninggalkan seorang balu serta lima orang anak[10].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.