Stesen keretapi Batang Kali
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).
Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.
Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.

| 1 | ■■Laluan Pantai Barat (Down) | Arah KL Sentral, Pelabuhan Klang dan Segamat |
|---|---|---|
| 2 | ■■Laluan Pantai Barat (Up) | Arah Tanjung Malim, Ipoh dan Butterworth |
Remove ads
Pelan Stesen
| Platform | Platform 2 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
| KTM arah Utara | → 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Rasa) → ETS ETS Gold menghala ke Butterworth (Tanjung Malim) → ETS ETS Silver menghala ke Ipoh (Kuala Kubu Bharu) | |
| KTM arah Selatan | ← 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Pelabuhan Klang (Serendah) ← ETS ETS Gold menghala ke Segamat (Sungai Buloh) ← ETS ETS Silver menghala ke KL Sentral (Rawang) | |
| Platfrom 1 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
| Ruang Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan kaunter khidmat pelanggan | |
| Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian | |
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

