From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen BRT SunU-Monash ialah stesen BRT yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.
Lokasi | Stesen SunU-Monash, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°03′55.0″N 101°36′04.8″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | B1 BRT Laluan Sunway | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Sambungan | Brt Sunu-Monash | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | B1 Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 1,153 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SB5 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | B1 2 Jun 2015 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak di atas Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Depoh BRT Sunway manakala di selatan stesen adalah Monash University Malaysia. Stesen ini terletak 500m utara susur keluar ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Juga terletak berhampiran adalah Sunway Monash Residence, Sunway University, Sunway College, Sun-U Residence dan kompleks perniagaan PJS 11.
P Platform |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | |
SB Arah Utara | → B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB1 Sunway-Setia Jaya (SunMed) | |
SB Arah Selatan | ← B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB7 USJ 7 (South Quay-USJ 1) | |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | ||
M | Aras mezanin | Jejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway University dan Monash University Malaysia |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen. Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,153 petak parkir.[4]
Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Brt Sunu-Monash dimana bas laluan Sunway City berkhidmat di hentian bas tersebut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.