From Wikipedia, the free encyclopedia
Stephen Patrick David Gately (17 Mac 1976 – 10 Oktober 2009) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pengarang dan penari bersama Ronan Keating, ialah penyanyi utama kumpulan Boyzone.[1] Semua album studio Boyzone semasa hayat Gately menjadi hits nombor satu di United Kingdom, yang ketiga buat mereka menjadi yang paling berjaya di peringkat antarabangsa. Bersama Boyzone, Gately 16 single berturut-turut memasuki lima teratas carta UK Singles Chart.[2] Beliau beraksi untuk jutaan peminat seluruh dunia.[3] Beliau melancarkan album solo pada tahun 2000, selepas pembubaran awal kumpulan itu, yang mencipta rekod di sepuluh teratas UK dan menghasilkan tiga single UK, termasuk tiga teratas "New Beginning". Gately terus muncul dalam pelbagai persembahan di dalam pentas panggung dan program televisyen serta menyumbang lagu kepada pelbagai projek. Pada tahun 2008, beliau menyertai semula rakan-rakannya apabila Boyzone dibentuk semula untuk beberapa siri konsert dan rakaman.
Stephen Gately | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Stephen Patrick David Gately |
Kelahiran | Sheriff Street, Dublin, Ireland | 17 Mac 1976
Meninggal dunia | 10 Oktober 2009 33) Port d'Andratx, Mallorca, Sepanyol | (umur
Genre | Pop rock, blue eyed soul |
Pekerjaan |
|
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1993–2009 |
Pengkarya berkait | Boyzone |
Laman sesawang | stephengately |
Gately mencetukan kontroversi pada 1999 apabila membuat pengakuan beliau ialah seorang homoseksual.[4][5][6] Beliau berkahwin dengan Andrew Cowles, dalam upacara komitmen di Las Vegas pada tahun 2003 dan lebih formal dalam upacara perkongsian sivil di London pada tahun 2006. Setelah penubuhan semula Boyzone, Gately tampil sebagai sebahagian daripada pasangan gay pertama dalam video muzik "Better", dalam apa yang akan menjadi yang terakhir dengan kumpulan itu. Gately meninggal dunia akibat sebab semulajadi pada 10 Oktober 2009, di sebuah pangsapuri di mana beliau tinggal bersama Cowles di Mallorca, Sepanyol.
Tahun | Tajuk | Kedudukan carta tertinggi | |
---|---|---|---|
UK | AUS | ||
2000 | "New Beginning"/"Bright Eyes" | 3 | 92 |
2000 | "I Believe" | 11 | — |
2001 | "Stay" | 13 | — |
2007 | "Children of Tomorrow" | — | — |
Tahun | Tajuk | Album |
---|---|---|
1999 | "Chiquitita" | Dari album kompilasi ABBAmania |
2009 | "Little Drummer Boy" (duet bersama Ronan Keating) |
Winter Songs |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.