From Wikipedia, the free encyclopedia
Stadium Ellis Park, merupakan stadium ragbi dan bola sepak yang terletak di Johannesburg, Afrika Selatan. Stadium ini merupakan tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi pada 1995. Stadium ini merupakan stadium yang termoden di Afrika Selatan apabila kerja menaik taraf dilakukan pada 1982 untuk menapung lebih 70,000 orang. Pada masa kini, stadium ini digunakan untuk perlawanan ragbi dan bola sepak.
Taman Ellis Park | |
---|---|
Nama lama | Stadium Ellis Park |
Lokasi | Stadium Ellis Park (Pty) Limited, Corner of Currey dan Staib Street, Doornfontein, Johannesburg, 2028 |
Pecah tanah | 1927 |
Dibuka | 1928 [1] |
Ditutup | Terbuka |
Dirobohkan | - |
Pemilik | The Golden Lions Rugby Union |
Pengendali | Ellis Park Stadium Pty. |
Permukaan | Grass |
Kos pembinaan | £5,000 GBP |
Kapasiti | 62,567 (Bola sepak dan Ragbi) |
Penyewa | |
Golden Lions Lions (Super Rugby)[2] Orlando Pirates F.C. [1] [3] South African Rugby Union |
Stadium ini dinamakan bersempena dengan nama J.D. Ellis iaitu orang yang bertanggungjawab membina kawasan stadium. Sebelum ini, pada 2008, stadium ini dinamakan sebagai Taman Coca-Cola.[4]
Stadium ini merupakan tuan rumah untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010. Lima perlawanan peringkat kumpulan, satu perlawanan pusingan kedua dan satu perlawanan suku akhir akan diadakan di stadium ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.