From Wikipedia, the free encyclopedia
Stadium Dodger (bahasa Inggeris: Dodger Stadium ) ialah stadium besbol yang terletak di kejiranan Elysian Park Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang utama bagi pasukan Major League Baseball, Los Angeles Dodgers. Stadium yang telah dibuka sejak tahun 1962 ini dibina dalam masa kurang daripada tiga tahun dengan nilai kos sebanyak AS$23 juta (AS$167 juta pada 2020[7]).[10][12] Stadium ini merupakan stadium tertua di barat Sungai Mississippi bagi pasukan MLB dan stadium ketiga tertua secara keseluruhan selepas Fenway Park di Boston (1912) dan Wrigley Field di Chicago (1914). Stadium ini juga merupakan stadium besbol terbesar di dunia dari segi kapasiti tempat duduk.
Chavez Ravine[1] Blue Heaven on Earth[2] | |
Dodger Stadium logo | |
Alamat | 1000 Vin Scully Avenue[3][4] |
---|---|
Lokasi | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Pemilik | Guggenheim Baseball Management |
Pentadbir | Los Angeles Dodgers |
Jenis | Stadium |
Kapasiti | 56,000[5] |
Rekod kehadiran | 57,099 (Aksi pembukaan Dodgers, 13 April 2009)[6] |
Saiz Padang | Kiri Padang – 330 ka (101 m) Medium Kiri-Pusat – 360 ka (110 m) True Kiri-Pusat – 375 ka (114 m) Pusat Padang – 395 ka (120 m) True Pusat Padang – 400 ka (122 m) True Kanan-Pusat – 375 ka (114 m) Medium Kanan-Pusat – 360 ka (110 m) Kanan Padang – 330 ka (101 m) Backstop – 55 ka (17 m) |
Permukaan | Santa Ana Bermuda grass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 17 September 1959 |
Dibuka | 10 April 1962 |
Kos pembinaan | AS$23 juta (AS$167 juta ada 2020[7]) |
Arkitek | Praeger-Kavanagh-Waterbury |
Jurutera struktur | William Simpson & Associates Inc.[8] |
Perkhidmatan jurutera | SA Bogen Engineers[9] |
Kontraktor am | Vinnell Corporation[10][11] |
Tuan rumah | |
Los Angeles Dodgers (MLB) (1962–kini) Los Angeles Angels (MLB) (1962–1965) | |
Laman sesawang | |
Dodger Stadium |
Stadium ini pernah mengacarakan Perlawanan All-Star Major League Baseball sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1980 dan 2022 serta 10 Siri Dunia (1963, 1965, 1966, 1974, 1977, 1978, 1981, 1988, 2017 dan 2018). Stadium ini juga menjadi tuan rumah kepada aksi separuh akhir dan final kejohanan World Baseball Classic pada tahun 2009 dan 2017. Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak pada 3 Ogos yang menampilkan empat pasukan iaitu Los Angeles Galaxy, Real Madrid, Everton, dan Juventus. Los Angeles Kings dan Anaheim Ducks juga menggunakan stadium ini untuk aksi musim mereka pada 2014 sebagai sebahagian daripada NHL Stadium Series.
Stadium ini kadang kala digelar sebagai “Blue Heaven on Earth,” yang pernah diungkapkan oleh pengurus Dodgers, Tommy Lasorda.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.