Stadium 974
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stadium 974 (Arab: استاد ٩٧٤, rumi: ʾIstād 974, sebelum ini dikenali sebagai Stadium Ras Abu Aboud) ialah sebuah stadium bola sepak di Ras Abu Aboud, Doha, Qatar. Dibuka pada 30 November 2021, ia merupakan venue sementara yang diperbuat daripada 974 kontena perkapalan kitar semula yang akan menganjurkan perlawanan semasa Piala Dunia FIFA 2022, selepas itu ia akan dileraikan. Ia merupakan venue sementara pertama dalam sejarah Piala Dunia FIFA.
Remove ads
Reka bentuk
Stadium 974 telah direka oleh firma arkitek Fenwick Iribarren Architects[1][2], yang berpangkalan di Sepanyol, dibantu oleh firma kejuruteraan struktur, Schlaich Bergermann Partners dan firma konsultan kejuruteraan, Hilson Moran[3]. Ini merupakan stadium Piala Dunia FIFA pertama yang menggunakan konsep modular[3], di mana kesemua bahagian stadium ini boleh dileraikan dan dipasang kembali di lokasi lain, dengan jumlah kapasiti penonton yang sama[4]. Elemen utama stadium ini ialah penggunaan kontena sebanyak 974 buah yang digabung bersama menggunakan rangka keluli kukuh[5], menyebabkan stadium ini dinamakan Stadium 974. Selain itu, nombor 974 juga merupakan kod panggilan antarabangsa bagi negara Qatar (+974)[5].
Stadium ini tidak memiliki penghawa dingin[6], tidak seperti venue perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang lain. Lokasi Stadium 974 yang terletak berhampiran Teluk Parsi membolehkan peredaran udara sejuk dari laut yang sangat baik ke tempat duduk penonton[6] dan membantu mengurangkan beban kepada sistem penyejukan stadium ini. Ruang dalam kontena digunakan untuk menyambungkan tangga-tangga, dijadikan sebagai tandas dan gerai makanan dan minuman.
Pada bulan September 2022, Stadium 974 mencapai penarafan 5-bintang di bawah Global Sustainability Assessment System[7]. Di bawah sistem ini, Stadium 974 mendapat skor Kategori A bagi pengurusan pembinaan dan 5-bintang bagi rekabentuk lestari[7][4].
Remove ads
Pembinaan
Kos keseluruhan pembinaan Stadium 974 ini dilaporkan sebanyak USD $200 bilion. Kerja-kerja pembinaan stadium ini bermula sekitar tahun 2017 dan dan dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2021[8]. HBK Contracting Company yang berpangkalan di Qatar, dilantik sebagai kontraktor utama dan TiME Qatar dilantik sebagai pengurus projek dalam projek pembinaan Stadium 974 ini. Kos pembinaan dilaporkan rendah berbanding dengan kos pembinaan stadium secara kekal kerana penggunaan komponen pasang siap dan elemen modular yang terdapat dalam stadium ini, menyebabkan kurang impak bahan buangan terhadap alam sekitar semasa pembinaan stadium ini dijalankan.
Selain itu, penggunaan komponen pasang siap juga mampu mengurangkan kadar jejak carbon (CO2) yang dihasilkan[9]. Manakala, kadar penggunaan air juga berkurang sebanyak 40% oleh kerana kadar kecekapan penggunaan air yang lebih cekap direka untuk stadium ini.
Remove ads
Rekod perlawanan
Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021
Piala Dunia FIFA 2022
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads